Elyana & Khairul Selamat Bernikah di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
fayz | Nov 20, 2010 | Comments 0
Tahniah diucapkan kepada Elyana dan suami, Khairul yang telah selamat diijabkabulkan semalam. Khairul Anuar Husin, 36, sah menjadi suami kepada penyanyi dan pelakon Erneelya Elyana Emrizal, 23, atau Elyana selepas diijabkabulkan di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (bersebelahan dengan Great Eastern Mall/Bangunan PERKESO) semalam. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri Emrizal Shamsuddin sambil disaksikan Imam Masjid Datuk Keramat, Azizan Othman pada pukul 9.40 malam, Jumaat. Pasangan pengantin tiba pada pukul 9.15 malam dengan diiringi sebanyak tujuh dulang hantaran bagi pihak lelaki dan tujuh dulang juga dibalas pihak perempuan. Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000. Memang zas majlisnya.. Kami di Syokkahwin.com amat suka dengan rekaan baju dan warna yang dipilih oleh Elyana. Baju ini direka oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat (+6017 3033091, http://hattadolmat.blogspot.com/), manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin (03-5519 2027).
Make up oleh Saidatulnisa Aminuddin a.k.a. Kak Sai (03-5519 2027) or send her a message on Facebook
Majlis pernikahan Elyana ini menggunakan khidmat Arma Wedding Couture dan Ary Wedding Couture bagi melakar pelamin ratu sehari mereka. Perancangan perkahwinan dilaksanakan oleh Zuhairy Zainal Abidin.
Gambar-gambar hiasan dari Duchess Place. Duchess Place boleh dihubungi di 03-42521800/017-2108000 /017-2118000
Filed Under: Andaman & Solekan • Bajet • Direktori Perkahwinan (Servis) • Perancang Majlis • Pereka Fesyen • Perkahwinan • RM5,001 - RM10,000 • Selebriti
About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd. Dapatkan ebook terbaru mengenai Perancangan Perkahwinan dari FayZ di http://www.impianpengantin.com







































