IKLAN468X60PIXEL

« »

Gambar Nikah Beego & Linda Hashim

Setinggi tahniah kepada Beego dan Linda Hashim yang telah sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz sahaja semalam di Masjid Usaimah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Beego dan Norhazlinda atau Linda, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizam Wahab dan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Hashim Yusof pada kira-kira pukul 9.25 malam di hadapan lebih dari 200 para tetamu. Mereka berkahwin dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM35, 000.

Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran perkahwinan berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan, sebentuk cincin dan wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan. Sementara itu pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran terdiri daripada seutas jam tangan, sepasang baju polo, sepasang kasut Bershka, cermin mata hitam Cartier, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan, set penjagaan diri dan sirih junjung. Difahamkan majlis resepsi mereka akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada Sabtu malam.

Bagaimana bentuk design KAD KAHWIN mereka agaknya? Siapa ada?

——————

Sakit tak hati anda apabila Mak Andam yang anda tempah datang lambat atau makanan yang anda order tak cukup dan banyak lagi tetamu terbiar tanpa makanan? Ini semua boleh terjadi tanpa perancangan perkahwinan yang betul.

ImpianPengantin.com adalah satu panduan panas perancangan perkahwinan yang digunapakai oleh lebih dari 50 pasangan pengantin termasuklah peserta FINAL peraduan Gerbang Cinta anjuran Utusan Melayu. Teknik mudah tetapi amat berkesan bagi memastikan anda dapat a trouble-free wedding.

Terhad Sahaja. Klik Pautan ini untuk mengegarkan perkahwinan anda –>> http://www.impianpengantin.com

Gambar Majlis-Pernikahan-Beego-Linda-Hashim


Blog Widget by LinkWithin

Filed Under: FeaturedPerkahwinanSelebriti

Tags:

About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd. Dapatkan ebook terbaru mengenai Perancangan Perkahwinan dari FayZ di http://www.impianpengantin.com

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply