Gambar Perkahwinan Shera Ayob & Zahiril Adzim
fayz | Nov 20, 2011 | Comments 1
Wah hari ini ada 2 pasangan selebriti kahwin. Michelle Melodi & Shera Ayob Pelakon drama popular ‘Juvana’, Zahiril Adzim selamat bergelar suami kepada penyampai program bual bicara ‘Wanita Hari Ini’, Shera Aiyob sekitar pukul 10.15 pagi tadi. Majlis pernikahan disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan, Aiyob bin Shaharuddin. Wang hantaran adalah bernilai RM18,000 dan mas kahwin RM1,001. Pihak pengantin lelaki membawa 11 dulang hantaran berisi tepak sirih junjung, kasut, iPad 2, rantai mutiara, tas tangan, alat solek, wangian, coklat, Al-Quran digital dan dibalas 13 dulang hantaran berisi tepak sirih junjung, kemeja, kasut, cupcake, wangian, sejadah, Al-Quran digital daripada pihak pengantin perempuan. Lepas ini adalah majlis persandingan di sebelah pihak Zahiril pula iaitu 27 November ini di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz di Shah Alam. Baju nikah Shera adala rekaan Hatta Dolmat, manakala solekan oleh Nadiya Ipoh dengan tema perkahwinan dalam taman.
Pasangan ini akan disandingkan di Kinding Hills Grand Ballroom, Ipoh selepas selesai majlis pernikahan.
[ANDA DAH JADI FAN SYOKKAHWIN.COM DI FACEBOOK? JOM KALAU BERANI]
Filed Under: Direktori Perkahwinan (Servis) • Featured • Perkahwinan • RM5,001 - RM10,000 • Selebriti
About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd. Dapatkan ebook terbaru mengenai Perancangan Perkahwinan dari FayZ di http://www.impianpengantin.com






































[...] nak, idea apa2 mereka boleh materialisasikan. Lihat saja hasil kerjatangan mereka bagi kad majlis perkahwinan SHERA AYOB & ZAHIRIL ADZIM. Cunn.. kalau anda nak menempah kad mereka, bolehlah PM mereka di facebook. Tidak kurang juga kad [...]