Lagu-Lagu Sedih Ketika Tengah Frust Menonggeng!
fayz | Aug 29, 2010 | Comments 0
Ada sesetengah dari kita yang tidak bernasib baik. Banyak kali cinta terhenti di tengah jalan. Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Bila bercinta ada saja yang tidak kena. Cinta tidak dibalas, girlfriend kaki kebas, girlfriend dirampas orang, cinta lain darjat dan pelbagai lagi kisah derita. Perit memang perit bila ini berlaku. Apakah lagu-lagu sedih yang selalu anda mainkan ketika tengah down ini?
Adakah dia patut berubah atau anda yang patut berubah?
Adakah anda ingin membiarkan perasaan kekecewaan ini berterusan? Emmhh, jangan jadi bodoh. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Apa kata kita ke facebook. Mana tahu boleh bertemu JODOH di sana?
KALAU SI DIA SUDAH TIDAK MAHU LAGI DENGAN KITA, AIR MATA DARAH PUN TAKKAN MEMBANTU..
Oleh itu, bagaimanakah caranya untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa?
Sebenarnya ada banyak caranya, namun begitu taraf keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental anda, emosi Anda, kesabaran anda. Apa yang ditulis berikut ini telah banyak dicanangkan oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri atau melalui pengalaman mereka yang sendiri mengalami kekecewaan cinta.
Di sini kami kongsikan 4 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut:
- Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit: Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu dipergunakan berterusan. Acap kali mereka yang sedang kecewa ini air mata senang sahaja jatuh berderai apabila mengenangkan saat pahit, manis sewaktu bersama. Bila nampak perfume si dia, mula teringat. Kita kena buang semua tu. Gambar dia, kucing dia (jika kita sedang menjaganya) agar segala hubungan kita dengan dia putus cold turkey! Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri. Banyakkan membaca Al-Quran meminta Allah menolong anda.
- Buang Sikap Risau: Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.
- Belajar Rajin Bersyukur: Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.
- Belajar Menjadi Pemaaf: Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda. Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
Filed Under: Masalah Cinta • Mencari Jodoh • Persediaan Perkahwinan
About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd. Dapatkan ebook terbaru mengenai Perancangan Perkahwinan dari FayZ di http://www.impianpengantin.com






























