« »

Majlis Resepsi di waktu Siang atau Malam? Mengapa jika salah pilihan boleh membuatkan anda kalut?

Majlis resepsi pada waktu siang atau malam? Tidak dinafikan ramai yang mempunyai pilihan sendiri secara automatik. Ini disebabkan beberapa faktor. Bayaran sewaan pada waktu siang adalah lebih murah dari bayaran menyewa pada waktu malam. Namun begitu ada juga yang terpaksa memilih majlis perkahwinan untuk diadakan pada waktu malamnya kerana majlis pernikahan yang akan berlangsung pada siang harinya.

Tapi tahukah anda majlis yang dilakukan pada siang hari boleh membuatkan ramai pengantin dan tetamu kalut dan kurang selesa? Ini kerana disebabkan cuaca panas memudahkan mereka yang hadir berpeluh-peluh, make up yang cair dan tentu sekali pengantin kurang selesa jika perlu berarak sejauh 1 kilometer dalam keadaan basah berpeluh walaupun berpayung. Matahari yang terik membuatkan ramai tetamu malas untuk bergambar dengan photo props kecuali majlis perkahwinan tersebut diadakan disebuah dewan tertutup yang ada penghawa dingin. Tetamu yang hadir juga biasanya tidak akan duduk lama kerana ingin menguruskan hal-hal yang lain di tempat yang lain. Banyak terjadi pengantin belum sampai, tetamunya sudah balik.

Jika waktu malam pula, majlis biasanya akan berjalan secara santai. Tetamu ada masa untuk menikmati majlis selagi ia tidak menjangkau pukul 10.30 malam. Majlis yang diadakan biasanya secara sit-in dan bukan buffet-style. Waktu malam juga anda boleh mengambil kelebihan kegelapan untuk mengolah cahayaan lampu-lampu untuk mencantikkan persekitaran majlis anda. Udaranya juga dingin dan segar. Nampak eksklusifnya.

kahwinmalam-twinkelights weddings

kahwinmalam-twinkelights weddings


Blog Widget by LinkWithin

Filed Under: Perancangan KewanganPerancangan PerkahwinanPersediaan Perkahwinan

Tags:

About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd. Dapatkan ebook terbaru mengenai Perancangan Perkahwinan dari FayZ di http://www.impianpengantin.com

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply