IKLAN468X60PIXEL

« »

Masalah-masalah Biasa Dalam Rumahtangga

Perkahwinan sememangnya indah tetapi seperti kehidupan biasa tak kisah single pun, mempunyai masalahnya tersendiri. Cuma cabarannya adalah berbeza.. Cuma tabah atau tak tabah je la.. Jika tidak.. mudah sahaja perkahwinan yang dibina dengan hantaran yang terjojol mata bila membicarakannya akan hilang begitu sahaja..hohoho..

  1. Masalah dengan pasangan: Kadangkala penyesuaian dengan pasangan mengambil sedikit masa walaupun sudah dikenali lama. Masa bercinta kekadang penuh dengan kepura-puraan. Bila dah kahwin terserlah semuanya. Ada juga yang baru dapat tahu si suami “cannot perform in bed“. Bila ini terjadi mula panik dan cuba pelbagai cara. heheh..Ada juga tak suka dengan sikap suami yang tak tahu jaga kebersihan. Fikiran dan pandangan adalah berbeza-beza, sikap pun berbeza-beza.. ini adalah punca masalahnya.. Yang penting kesabaran dan cinta yang utuh akan dapat mengatasinya..
  2. Masalah dengan Mentua: Kekadang mentua nie banyak yang suka  berleter.. ada saja yang tak kena di pandangan mereka atau yang tak selesa dilihatnya. Bila anda memilih untuk tinggal di rumah mentua, lagilah masalahnya bertambah.. Sebab bertemu dengan mereka setiap hari.. Kena jaga hati mereka sampai berulam hati sendiri..huhu..
  3. Masalah kewangan: Dah kahwin mesti nak duduk rumah sendiri dan dah berfikir nak dapat anak.. Semua ini memerlukan perancangan kewangan yang baik. Bila anak dah bertambah nak beli MPV pulak seperti PROTON EXORA dan sebagainya.. perghh..pampers anak, susu anak, sekolah dan pendidikan anak dan macam-macam lagilah.. ini semua memerlukan duit. Oleh itu nasihat kami.. janganlah perhabiskan duit anda pada majlis perkahwinan.. sebab nanti duit untuk keluarga kurang.
  4. Masalah orang gaji.. Bila dah ada anak siapa yang akan jaga anaknya? Emak mentua? orang gaji? atau nak berhenti keja isterinya? dengan keadaan frozen indonesian maids.. susah nak cari orang jaga.. lepas tu kalau dah dapat orang jaga.. boleh percaya ke orang tue.. diluluskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ke Taman Asuhan tue?

masalah-rumahtangga

Oleh itu perancangan dan kebijaksanaan anda semua adalah diperlukan.. teruskan bersama kami di SYOKKAHWIN.COM di mana kami akan terus mengupas dan memberikan panduan berguna untuk semua hal-hal yang berkaitan..

Blog Widget by LinkWithin

Filed Under: Lepas KahwinNasihat Rumahtangga

Tags:

About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd. Dapatkan ebook terbaru mengenai Perancangan Perkahwinan dari FayZ di http://www.impianpengantin.com

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply