« »

Montaj Luarbiasa asas Perkahwinan Luarbiasa

Montaj merupakan cebisan kisah hidup pasangan. Suka, duka, ketawa. Tahap kecomelan, kenakalan. Penampilan dan karangan cerita montaj yang menarik dapat mengajak para tetamu menyelami kesusahan dan keseronokan yang di alami pasangan dalam merentas warna-warni perjalanan kehidupan mereka.

Saat mereka membesar.

Saat mereka belajar.

Saat mereka bertemu.

Saat mereka ber”dating”.

Saat mereka bermasam muka dan berakhir dengan pujukan manja.

Dan sehinggalah mereka meniti saat manis disatukan di majlis pernikahan.

Oleh itu tidak hairanlah jika ada para tetamu yang sampai menitiskan air mata dan senyum ketawa kegirangan. Ketawa seronok kerana rakan mereka yang sebelum ini hanya dikenali sebagai rakan hingusan, kini sudah Berjaya berkerjaya, membeli kereta, rumah dan kini telah menjadi seorang besar yang mempunyai bertanggungjawab yang tinggi kepada isteri/suami.

Ada juga montaj yang membuatkan diri kita tidak sabar-sabar lagi untuk mendirikan rumahtangga. Sehinggakan ada yang menjadikan majlis resepsi perkahwinan sebagai medan untuk meng”usha” atau merambangkan mata untuk mencari “future wife”.

Pengalaman ini pernah saya lalui sendiri. Buat masa itu saya terpandang seorang wanita yang agak comel dan menarik paras rupa yang tetiba menjadi pilihan hati. Terus saya tanyakan namanya kepada rakan saya. Biasanya rakan saya tidak akan kenal wanita lain di Majlis itu. Jika tidak dia tidak akan mengajak saya untuk pergi ke majlis perkahwinan itu bersamanya. Akhirnya, rakan kepada rakan kepada rakan kenal akan wirawati tersebut. Tak lama selepas itu, nombor telefon beliau berjaya menjadi milik saya. Haha. Semuanya gara-gara montaj kahwin lah.

Oleh itu saya amat rasakan, montaj yang mantap dan luarbiasa amatlah perlu. Jika tidak biasanya majlis kahwin akan jadi biasa-biasa sahaja. Cakap-cakap kosong dan gossip mengenai pasangan akan menjadi sebagai ganti kesayuan, kebanggan terhadap pasangan. Pernahkah anda terdengar ada di antara tetamu yang bertanya soalan-soalan gossip berikut?

Sekolah mana dia tu?

Kerja kat mana sekarang?

Pasangannya orang mana?

Pasangannya orang mana?

Jumpa di mana?

Kalau ada montaj kan senang! Tiada spekulasi “ala” artis. Montaj adalah seperti filem pendek mengenai pasangan dan perlu digarap oleh seorang pengarah yang berkelayakan.

Mungkin anda mengatakan kos adalah halangan tetapi buat masa ini banyak pengarah dan penyunting montaj yang berpengalaman yang boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik. Salah satunya adalah Montajku. Pasukan montajku berasal dari Lembah Kelang dan sudah menghasilkan beberapa video montaj yang menarik hati saya. Olahan penceritaan mereka agak berlainan dan setiap kali melihat video mereka, saya dapat rasakan ada sesuatu X-Factor yang mampu menimbulkan emosi mendalam pada diri tetamu.

Anda boleh layari laman web mereka di http://www.montajku.com dan melihat hasil kerja mereka atau jika anda berminat untuk berbincang dengan mereka, anda boleh menelefon/whatssap mereka di 011-3259-5880.

Montaj Perkahwinan Video Perkahwinan

Dalam menghasilkan montaj yang terbaik, ada bagusnya anda menceritakan sedikit kisah hidup anda kepada mereka. Bawa sekali gambar-gambar (dalam telefon pun tak mengapa) untuk berikan mereka “feel” tentang keceriaan ikatan kasih anda. Barulah nanti meletopp!


Blog Widget by LinkWithin

Filed Under: BajetBawah RM1,000Direktori Perkahwinan (Negeri)Direktori Perkahwinan (Servis)FeaturedKuala Lumpur & PutrajayaMontaj PerkahwinanSelangor

Tags:

About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd. Dapatkan ebook terbaru mengenai Perancangan Perkahwinan dari FayZ di http://www.impianpengantin.com

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply