IKLAN468X60PIXEL

« »

Persiapan Perkahwinan: Mengkaji Tema Perkahwinan

Macamana persiapan anda semua? Ada bagus? lancar? Memang banyak yang difikirkan.. urusan tok kadi, dewan, katering, mak andam, jurugambar perkahwinan dah pelbagai hal lagi termasuklah tema perkahwinan. Kadang-kadang orang yang berbicara dengan kita tidak nampak apa yang kita mahukan, lalu apa yang dihasilkan tidak seperti yang kita mahu.. Kekadang berbuih mulut bercakap tapi lain pulak jadinya. Dah mula wedding planner atau penghias terbabit nak menyalahkan kita sebab bajet/duit kasi sikit tapi nak macam-macam. Kita ingat betul2 lah boleh buat dengan bajet yang diberi.. aduhh.. bila hal nie terjadi dan waktu telah suntuk, jarang yang dapat diperbetulkan.. Oleh itu ada perlu anda memaparkan idea anda di dalam satu storyboard. Kalau zaman canggih sekarang bride-to-be semua pakai powerpoint. Nampak baju, dekor, warna yang menarik, ngap, cut and paste dalam power point. ..akhirnya jadi macam collage pulak power point tu.. Ini baik sebab wedding planner nampak dengan jelas apa yang anda mahukan. Tema yang menarik dapat diusulkan kepada mereka yang terlibat.. seperti katering contohnya.. nak air sirap hijau kaler epal, kuih-muih pun warna hijau.. coraknya begini-begitu,,

inspirasi perkahwinan - ilham tema perkahwinan

inspirasi perkahwinan - ilham tema perkahwinan

semua berkenaan dengan tema coklat ditampalkan di power point

inspirasi perkahwinan - ilham tema perkahwinan

baju-baju yang diidamkan juga ditampalkan di power point ..lepas tu tunjukkan sahaja pada pereka fesyen baju pengantin anda.. (gambar ihsan peveyhack.com)

Amacam mudahkah?

inspirasi-tema-perkahwinan-lemakketam


Blog Widget by LinkWithin

Filed Under: BajetBaju PengantinBawah RM1,000Direktori Perkahwinan (Negeri)Direktori Perkahwinan (Servis)Inspirasi PerkahwinanJohorKedahKelantanKuala Lumpur & PutrajayaNegeri SembilanPerakPerancang MajlisPulau PinangSabahSarawakSelangorTema PerkahwinanWedding Ideas

Tags:

About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd. Dapatkan ebook terbaru mengenai Perancangan Perkahwinan dari FayZ di http://www.impianpengantin.com

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply