Tempat Kahwin – Sumira Place, Persiaran Titiwangsa
fayz | Mar 24, 2014 | Comments 0
Baru-baru ini saya ada pergi melawat majlis resepsi perkahwinan di satu tempat yang diberi nama SUMIRA PLACE yang terletak di 10 Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa. Ia merupakan sebuah banglo yang sedia untuk disewa bagi mengadakan majlis PERKAHWINAN. Tempat ini diuruskan oleh Pengantin Eksklusif. Tempatnya agak menarik untuk dijadikan resepsi perkahwinan kerana kawasannya indah dihiasi dengan kolam mandi. Pada waktu saya pergi itu, suasana agak panas dan bahang, oleh itu saya rasakan agak menarik jika majlis diadakan pada waktu malam.
Dikatakan tempat ini boleh menempatkan lebih 1,000 tetamu. Tempat berehat dan make up juga disediakan di tingkat atas bangunan.
Untuk menempah, anda boleh hubungi..
03-61882520 (Pej)
019-3332520 (Chef Halim)
019-2642520 (Pn. Zaimah)
https://www.facebook.com/sumiraplace
——
ANDA MASIH KUSUT? MASIH MENCARI TEMPAT YANG SESUAI UNTUK BERKAHWIN? JALAN PINTAS ADA DI BAWAH.. KLIK SAJER BANNER DI BAWAH

Filed Under: Bajet • Direktori Perkahwinan (Negeri) • Direktori Perkahwinan (Servis) • Featured • Kuala Lumpur & Putrajaya • Premium • Sewa Dewan & Hotel
About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd. Dapatkan ebook terbaru mengenai Perancangan Perkahwinan dari FayZ di http://www.impianpengantin.com