« »

Tips Memilih Tarikh Perkahwinan

Bila sudah bersetuju untuk bertunang, bernikah dan berkahwin, perkara yang berpusing-pusing di kepala bakal pengantin adalah pemilihan tarikh. Kekadang perkara sebegini pun menjadi kecoh satu keluarga. Selalunya bukan keputusan tentang tarikh bukan di tangan anda berdua.. Kekadang di tangan Kak Long yang tiada outstationpada tarikh yang anda pilih lah..Keluarga pasangan anda sibuk nak pergi holiday lah..dan pelbagai perkara lagi yang membawa kekusutan. Jika hal ini terjadi.. bertenanglah.. mengucap banyak2..hehehehe.. larilah ke Siam ke…. hohohoh.. kami bergurau sahaja.. Sedaya upaya cuba rationalisekan kepada keluarga anda mengapa anda pilih tarikh itu. Anda yang akan kahwin, kesesuaian dan pilihan anda perlu diutamakan.  Antara tips-tips utama dalam memilih tarikh perkahwinan adalah:

  1. Jangan bersifat karut sangat.. tarikh nie tak boleh kahwin lah.. tak baguslah.. takde ong laa..etc etc..
  2. Pilih tarikh pada hujung minggu. Jika hujung minggu penuh, mungkin pada hari jumaat malam Sabtu. Ini boleh dilakukan sekiranya jemputan anda kebanyakan dari lokasi majlis anda i.e. kalau buat di Dewan Perdana Felda, tetamu anda majoritanya dari KL, Selangor atau Putrajaya.
  3. Ya kami ada katakan pada hujung minggu.. tapi jika anda ingin melakukan majlis pada hujung minggu di waktu cuti sekolah, pastikan anda book awal-awal make up artist, jurugambar, pereka pelamin dan sebagainya. Sekurang-kurangnya 8/9 bulan awal. Ini kerana waktu nie mereka busy.
    • Semua orang nak kahwin waktu nie. Oleh itu kekadang mereka tak menang tangan. Ada jurugambar yang bagus 1 tahun awal jadual dah penuh dah pada waktu begini.
    • Pengusaha perkhidmatan seperti jurugambar, katerer dan jurumekap agak sukar memberikan diskaun pada tarikh ini. Ini kerana, pada tarikh ini, mereka mendapat terlalu banyak permintaan. Adakalanya mereka terlebih kapasiti.. Maksudnya menerima tempahan lebih dari apa yang mereka mampu nak buat. Pihak kami sendiri pernah terkena. Nak bersanding pukul 2.30 pm, nak buat make up pukul 11 pagi.. Apa cerr?? Habis berperang SMS.. Last-last  ambik kau, nak sangat aku datang waktu ngam-ngam, jurumekapnya subcon/outsource kat jurumekap lain yang takde job.. Hasilnya.. hampehh.. Anda patut mintak refund kalau macam nie..
    • Sekiranya berlaku kecemasan seperti jurugambar anda tidak dapat hadir pada majlis anda, adalah teramat sukar untuk mencari jurugambar gantian pada tarikh tersebut.
    • Pemberi perkhidmatan profesional mempunyai jadual yang ketat pada tarikh yang berkenaan. Mereka akan terkejar-kejar dan keletihan.
    • Tetamu jemputan juga biasanya mendapat banyak jemputan pada tarikh tersebut. Mereka mungkin tidak dapat menghadiri majlis anda kerana memenuhi undangan lain kerana kesuntukan masa dan keletihan.
  4. Tarikh istimewa.. yup.. boleh saja.. kalau nikah nak tarikh istimewa bolehlaa.. sebab perlu ramai orang datang masa bernikah..lainlah anda selebriti.. nak tarikh 8.808 ke atau 12.12.12 ke pun bole..atau tarikh gabungan birthday anda.. tapi ingat tarikh begini pun ramai orang dah tempah.. pastikan anda menempah lebih awal.. majlis resepsi then boleh buat waktu hujung minggu.

Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai PERANCANGAN & PERSEDIAAN PERKAHWINAN, kami ada menyediakan sebuah panduan khas yang merangkumi semua aspek persediaan termasuklah dalam memilih pakaian, jurugambar dan juga prosedur perkahwinan. Jika anda benar-benar ingin merealisasikan impian perkahwinan anda, KLIK SINI.


Blog Widget by LinkWithin

Filed Under: FeaturedPerancangan PerkahwinanPersediaan PerkahwinanTips Persediaan Perkahwinan

Tags:

About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd. Dapatkan ebook terbaru mengenai Perancangan Perkahwinan dari FayZ di http://www.impianpengantin.com

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply