Merealisasikan Impian

DALAM suasana ekonomi yang tidak menentu sekarang ini di mana penawaran tenaga kerja yang melebihi permintaan pasaran menyebabkan ramai pasangan terpaksa menangguhkan keinginan untuk berumah tangga. Alasan utama bagi penangguhan itu ialah tidak mampu menyediakan perbelanjaan untuk majlis perkahwinan yang sekarang ini semakin mahal dan secara purata boleh mencecah lima angka. Jumlah RM10,000 dikira paling minimum dan jika pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga itu baru bekerja, pasti sukar mendapat majlis perkahwinan yang diidamkan.

Justeru penganjuran Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Malaysia (Gerbang Cinta) bersama 10 penaja sebagai rakan pintar disifatkan sebagai tepat pada waktunya. Rata-rata orang ramai yang ditemui baru-baru ini nyata memuji usaha murni peraduan itu yang menawarkan hadiah majlis perkahwinan secara percuma.

Bagi Zuraidah Muhamad, 28, dari Muar, Johor, belanja perkahwinan memang membebankan bakal pengantin, malah ada yang terpaksa membuat pinjaman bank semata-mata untuk memastikan majlis mereka menjadi meriah seperti yang diidamkan.

“Dengan adanya pertandingan seperti ini, sekurang-kurangnya mereka boleh mencuba nasib dan siapa tahu kalau bernasib baik boleh mendapat majlis perkahwinan impian tanpa perlu mengeluarkan bajet,” katanya.

Pendapat tersebut turut dipersetujui Nor Haniza Abdul Hadi, 29, dari Kajang Selangor yang menganggap peraduan Gerbang Cinta membuka peluang bakal pengantin bukan sahaja untuk mendapat perkahwinan yang diidamkan malah muncul di akhbar.

“Pemenang bukan saja tidak perlu keluar duit untuk belanja kahwin malah mendapat publisiti serta kenangan yang amat berharga yang tidak akan ada pada orang lain.

“Jika saya belum berkahwin, pasti saya orang pertama menghantar penyertaan untuk peraduan yang sungguh menguntungkan ini,” katanya.

Bagi Rosliza Mohd Nor, 43, Serdang, Selangor, pula kehadiran peraduan seperti ini memang tepat pada masanya kerana dalam keadaan kegawatan ekonomi ramai pasangan yang terpaksa menangguh perkahwinan atau melaksanakan majlis ala kadar kerana tidak dapat memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk majlis persandingan yang gemilang.

Menurutnya, Gerbang Cinta merealisasikan impian mereka yang inginkan majlis perkahwinan yang akan menjadi kenang-kenangan seumur hidup.

“Semoga bakal pengantin di luar sana merebut peluang keemasan ini dan saya dapat tahu syarat yang dikenakan juga amat muda,” katanya.

Sementara itu, Aida Nordin, 35, pula berkata, selain memberi peluang kepada bakal pengantin menikmati perkahwinan impian tanpa mengeluarkan wang, peraduan ini juga dapat mengetengahkan kreativiti serta bakat-bakat baru dalam bidang pengurusan perkahwinan.

Semoga Utusan dapat wujudkan banyak lagi peraduan yang boleh mendekatkan pembaca dengan akhbar”. [Petikan akhbar Utusan Malaysia]

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

BARISAN PENAJA GERBANG CINTA


SocialTwist Tell-a-Friend

Filed Under: Berita Terkini

Tags:




Entri menarik yang lain:

About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd.


RSSComments (11)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. Ernie says:

    Perkahwinan memang memerlukan budget yang tinggi lebih- lebih lagi pada zaman ini. saya berharap semoga saya terpilih sekaligus membuatkan impian saya menjadi kenyataan.

  2. farha says:

    yup…btl tu..nk wt mjls yg simple pun perlukan budget yg agak besar…harap2 dapat jugak..

  3. zulkarnain says:

    saya no 1,
    ernie no 2,
    farha no 3,
    amacam? hehe

  4. mawardi says:

    saya pn nak gak..
    nk mng gak..hehe..

  5. farha says:

    xnak…nak no 1..blh?anyway..same2 berdoa dpt yg terbaik…amin..

  6. linda says:

    tumpang tanye boleh?..korg ni sume antar satu entry je ke or byk2 eh?n dlm satu entry tu masterhead 50 je ke or lebih?

  7. ismail says:

    tahniah …………….atas kejayaan melayakkan ke 25 finalis…

  8. Salehah says:

    Doa mudah-mudahan mendapat kejayaan…….jgn lupa study utk temuduga 2 Nov………

  9. pratama says:

    pertama2nya, nak ucapkn tahniah kpd semua yg terpilih…terlalu byk penyertaan n hampir 5000 ribu penyertaan..wooww byk nyer…tahniah utusan krn sambutan yg begitu hangat…sy jg salah s’org d antaranya…sedih jg tak dapat…tp bukan rezeki sy lg…di sini terdpat persoalan2 mengenai pemilihan 25 peserta2..dlm syarat2nya gambar 5R 3 kpg waktu majlis tunang, sekurngnya 50 keratan akhbar utusan, slogan xlebih dr 15 patah perkataan…tp bila d tgk pd gambr2 dr penyertaan yg terpilih, mereka terlalu kreatif, mcm pemilihan siapa yg paling kreatif…siap berkubah2 lg tu…mcm mana lah agaknya diorg pos mcm tu..mesti pakai kurier berkotak2…gambr pun mcm xsampai 5R..slogan plak ada…pastu d tambah2 pula dgn surat sampingan…utk menarik hati juri..bleh ke mcm tu sebenarnya? lagipun mayb tunang sy bukan warga malaysia…sebb tu xterpilih…huhu..sedihnya…well, xsabar jg nak tau sape yg pemenangnya…mesti meriah sgt2…

  10. linda says:

    pratama,actually saya pun terfikir psl tu jgk..nmpk mcm x ikut syarat2 kan?tapi rasanya penaja lagi pentingkan effort peserta rather than syarat2 kot..kalau saya tau yg mcm tu terpilih,boleh buat lagi kreatif..buat tampal2 semua..mslhnya x terfikir pun..ingatkan kena ikut betul2 syarat2 penyertaan..xpe la,dah xde rezeki..good luck la ps yg terpilih..

  11. annis says:

    terima kasih UTUSAN kerana sy terpilih dlm finalis ini.. peraduan ini adalah peluang besar bg sy,maka sy pon mencuba nasib dgn menghantar penyertaan ini.. x sangka terpilih dlm 25 org finalis.. sumer org inginkn kemenangan ini,begitu juga dgn saya.. jadi marilah kita bersama2 berdoa bg kemenangan ini.. begitu juga buat teman2.. itu lebih afdal.. ada rezeki x kemana kan.aminn..

Leave a Reply