Orked Bridal House – Perancang Perkahwinan Unggul!

pelamin-orked-bridal

Nama Orked Bridal House amat sinonim dengan kualiti dan keaslian hasil kerja mereka. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya mereka sentiasa mendapat tempat di kalangan selebriti dan VIP tempatan. Diterajui oleh Azmy Osman, seorang perunding perkahwinan yang tidak asing lagi di dalam dunia perkahwinan tempatan. Kata Azmy, “Orked Bridal House, sentiasa berusaha merealisasikan impian pelanggan. Kami bersedia memberikan pandangan agar majlis perkahwinan berjalan dengan lancar.”

PAKAR REKAAN PELAMIN

Orked Bridal House turut bekerjasama dengan pereka perkahwinan Indonesia bagi membantu dari segi dekorasi pelamin dan suasana perkahwinan yang dihajati. Daya kreativiti mereka tidak terhad pada rekaan pelamin di rumah. Bahkan mampu menukar suasana dewan atau taman yang kosong menjadi singgahsana raja sehari yang menawan.

“Biasanya pelanggan kami menggemari pelamin berkonsepkan air terjun yang menampilkan elemen air di tepi pelamin. “Menurut kepercayaan feng shui apabila terdapat aliran air maka kehidupan seseorang itu memperoleh kebahagiaan,” tambahnya yang cenderung memilih hiasan dan jambangan bunga segar berbanding bunga plastik.

Azmy pernah bekerja dengan Pereka Pelamin terkenal, Pak Abu sebelum mencari haluan sendiri demi membuktikan bakat yang ada pada dirinya.

pelamin-orked-bridal-wedding-planner

pelamin-orked-bridal-pengantin

BUSANA PENGANTIN

Orked Bridal juga menyediakan busana-busana untuk Raja dan Ratu Sehari yang terkini mengikut semua potongan.

MAC 15 2007 PP FESYEN ZETTY

Jika anda ingin menggunakan khidmat Orked Bridal House sebagai perancang perkahwinan, menempah atau menyewa rekaan pelamin dan busana pengantin mereka, anda boleh hubungi

logo

Nombor Telefon: 03-8942 2772 atau 013-600 3003 (Azmy Osman)
Laman Web: http://www.orkedbridal.com

SocialTwist Tell-a-Friend

Filed Under: FeaturedProfail Penaja

Tags:




Entri menarik yang lain:

About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd.


RSSComments (13)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. fayz says:

    Semoga Orked Bridal House terus berkembang dengan jayanya.

  2. yunif ibrahim says:

    sememangnya bagus….

  3. Ringkas dan sungguh menawan

  4. faizal Ahmad says:

    Saya amat tertarik dengan idea dan persembahan yang ada pada ORKED, walaupun nampak biasa tetapi dekorasi yang diterapkan berlainan dengan yang lain.

  5. Apa yang en azmy katakan tu ada kebenaran. kebanyakan pengantin ramai yang tidak mempunyai ilmu. Rata2 ramai yang lebih suka meniru apa yang ada didalam majalah. Tidak berani nak mencuba yang baru.

    Kalau lah saya mempunyai wang yang banyak, sudah tentu saya fikir balik apa yang En Azmy katakan dan sekaligus menggunakan khimat ORKED.

  6. farha says:

    cantiknya…tapi msti mahal pakej tu…
    kalo org biasa2 mane nk dpt cm2..
    nasib baik ada pertandingan gerbang mega..
    harap2 ada peluang..

  7. Mohd Hafidz Ariffin says:

    Terima kasih Orked…

  8. idot says:

    wahhhh!!! cantik yer!!!
    mudah2han sy dpt rasa pelamin secantik orked bridal….amin

  9. ayu@amie says:

    tq orked bridal..
    hopefully,dpt la saya dan amie lalu kat carpet merah tu nanti..

  10. mohamad nazri mohamad yusof says:

    Alahai apa yg dapat dikata kan……….zaman kami dulu tak ada benda2 begini rupa………
    Anyway……….that is to prove that Malaysian can do it………
    Strive harder for excellence esp in quality….keep up the image……..

  11. simple n nice..
    serba puith..i like it!!!

  12. liyana says:

    saya harap abg azmi & orked bridal dapat mengharumkan nama ke persada antarabangsa..thanx alot..

  13. ashraff@shafeeni says:

    moga2..dapatlah..rasa sekali dalam seumur hidup mjlis perkahwinan yg cntik mcmni..
    dpat lalu kat karpet merah dan kami dirai mcm maharaja dan maharani..
    moga rzeki menyebelahi kami..
    ashraff & shafeeni..
    amin…

Leave a Reply