Peluang Perkahwinan Ditaja

Biarpun baru bermula, bahangnya sudah terasa. Itulah ungkapan yang dikeluarkan oleh akhbar Utusan Malaysia semalam (24/8/09). Tentunya, peraduan gerbang cinta ini sungguh meriah, apa tidaknya para pasangan bakal pengantin berpeluang untuk ditaja hampir sepenuhnya dengan hadiah keseluruhan bernilai RM250,000. Sepuluh rakan pintar Utusan Malaysia melalui sisipan MEGA telah bekerjasama untuk menjayakan peraduan ini. Mereka adalah Orked Bridal House, Mastar Caterin, syokkahwin.com, MAEPS Management Sdn Bhd, Picture Elements, Kg. Pengantin, Jurusolek Afidah Khamis, T&T Boutique, Rumah Acara dan QM Worldwide Holidays. Peraduan ini bermula pada 20 Ogos lalu akan tamat pada 20 Oktober ini walaubagaimanapun hanya terbuka kepada pasangan yang akan berkahwin buat kali pertama.

Hadiah utama berupa pakej perkahwinan bernilai RM150,000 meliputi sajian makanan dan lokasi perkahwinan di Kg. Pengantin, Kuala Lumpur, dekorasi pelamin, dewan dan meja pengantin. Selain itu, turut ditaja adalah kad jemputan, video, fotografi, bulan madu, sistem pembesar suara dan kursus kahwin.

Hadiah kedua pula bernilai RM50,000 meliputi sajian dan lokasi di Dewan MAEPS, Serdang, Selangor, dekorasi pelamin dan meja makan, busana, solekan hiasan hantaran, kad jemputan, video fotografi dan pakej bulan madu.

Bagi hadiah ketiga pula ialah pakej perkahwinan bernilai RM25,000 dan lokasi majlis pula adalah kampung halaman pemenang yang terpilih. Pakej termasuk dekorasi pelamin dan meja makan, busana, solekan, kad jemputan, fotografi video dan sistem pembesar suara. Manakala tujuh hadiah saguhati bernilai RM4,000 setiap satu turut menanti pemenang.

Hanya 25 pasangan akan terpilih ke peringkat saringan dan pasangan tersebut akan ditemuramah oleh pihak penganjur untuk menentukan 10 pasangan yang layak ke peringkat akhir. Berita eksklusif pasangan tersebut akan disiarkan di laman web ini iaiti syokkahwin.com. Anda semua boleh mengundi pasangan kegemaran anda di laman web ini nanti. 30% undi akan berdasarkan undian di laman ini, manakala bakinya akan ditentukan oleh juri profesional. Borang akan disiarkan dari semasa ke semasa di dalam sisipan Mega, Utusan Malaysia. Penyertaan tertakluk kepada syarat dan peraturan penganjur. Keterangan lanjut boleh didapati dengan menghubungi Kak Tim, Dino atau Zura di talian 03-9287 777 sambungan 306, 259 atau 348.

mega-utusan

SISIPAN MEGA, UTUSAN MALAYSIA 24/8/09

SocialTwist Tell-a-Friend

Filed Under: Berita Terkini

Tags:




Entri menarik yang lain:

About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd.


RSSComments (17)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. zizie sabri says:

    salam…
    nk ty,borang tu kuar kat paper utusan on 20/08 0 20/09?????

    tqvm…

  2. syA7 says:

    dlm paper tu peserta or jz model utk program ni??

  3. khalim says:

    salam,

    nak tanya la.. saya baru jer terbaca pasal nie.. tarikh peraduan dari 20ogos sampai 20okt kan, so majlis kawin tu tarikh bila2 pun takpe kan? ke kena ikut tarikh dari penaja? dan lagi satu.. syarat kena bagi pic time tunang, kalau baru nak tunang bulan 12 camne ek? tak entitle untuk masuk peraduan nie la ek?

  4. ernie says:

    Tak sabar menanti keputusan pasangan yang terpilih…

  5. lizamohamed says:

    rasanye utk couple yang dah bertunang sahaja kot. tak sure pulak

  6. zulkarnain says:

    tu la.. saya pun tak sabar tunggu keputusan…
    moga saya dipanggil untuk ditemuduga..
    amin.. :)

  7. farha says:

    xsabar jugak nk tunggu keputusan..
    harap2 dapat gak utk temuduga..
    amin…good luck to all..

  8. farha says:

    nak tanye…bile result ni kuar ye..

  9. Ernie says:

    Sama2 kita tawakal yerk,

    Menurut Fayz insyaALLAH dua minggu dari tarikh tutup penyertaan ari tuer…

    Nway gud luck too

  10. linda says:

    oo..2 minggu ke?agak2nye ramai ke aa yg masuk?ade sape2 ade info?bestnye dpt kalau shortlisted..

  11. farha says:

    yeke??xsbr nk tunggu ni..

  12. zulkarnain says:

    mesti ramai masuk ni ek…
    tu la.. mudah-mudahan ada rezeki.. hehe:)

  13. farha says:

    Hr y sy g hntr kt utusan tu ,byk gak yg masuk ni…yela..masing2 nk kawen ditaja..
    gud luck to all..

  14. linda says:

    oo..ye ke?ingatkan x ramai yg dah tunang tapi x tetap tarikh kawin lagi..ramai la rupenye..xpe la,kalau ade rezeki nnt ade la..insyaAllah..

  15. farha says:

    Sape2 da dpt call dr utusan?
    Alhamdulillah…saya dpt..kene g interview 2hb ni..zul ngan ernie cmne…hope dpt gak..

  16. pratama says:

    sedihnya xdpt….:-((

  17. puteri says:

    salam..nk tny..
    bl ag contest ni nk ade…
    berminat

Leave a Reply