Afidah Khamis – Jurusolek Berkualiti
fayz | Sep 13, 2009 | Comments 6
NAMA Afidah Khamis mungkin tidak begitu dikenali berbanding jurusolek-jurusolek artis ternama yang kerap menghias dada akhbar atau majalah bersama hasil kerja mereka. Namun tidak bermakna hasil solekan wanita kecil molek ini boleh dikompromi. Mula ‘bermain’ dengan berus dan warna sejak tahun 2003, wanita yang memiliki ijazah dalam bidang kaunseling dari Universiti Islam Antarabangsa ini semakin optimis apabila beliau mewujudkan kumpulan jurusoleknya sendiri atas label Afidah Khamis Makeups & Stuff.
“Saya bermula sebagai jurusolek sambilan di salah sebuah butik pengantin di Kuala Lumpur. Dari situ impian membuka butik pengantin sendiri bercambah dan azam untuk mendalami bidang ini semakin kuat ” ujarnya ketika hadir di pejabat Utusan Malaysia , baru-baru ini.
Enam tahun mengumpul pengalaman mengandam dan menata rias wajah pengantin, baru beliau berkeyakinan untuk bergerak sendiri secara sepenuh masa.
Dalam tempoh itu juga dia berkongsi ilmu solekan dengan mengajar mereka yang berminat.
Afidah, 36, yang kini turut membantu suaminya Mohd Azmy Othman menguruskan butik pengantin Orked Bridal House mengakui tidak mudah melunaskan tanggung jawab merias pengantin.
Ini kerana bakal pengantin serta ahli keluarga mengharapkan penampilan yang sempurna pada hari persandingan.
“Sebab itu sebelum memulakan solekan saya memilih untuk berbual-bual dengan pengantin perempuan. Dari situ saya akan dapat lihat personaliti mereka untuk menghasilkan solekan sesuai dengan karakter pengantin,” jelasnya.
Menurut Afidah, kalau zaman dahulu, seorang mak andam akan memberi nasihat tentang tanggung jawab seorang isteri kepada bakal pengantin perempuan beliau mengadaptasi cara tersebut dengan ilmu kaunseling yang dipelajarinya ketika di universiti.
“Cara ini secara tidak langsung mengaitkan dengan asal usus seni andaman pengantin itu sendiri. Di mana mak andam, menasihati bakal pengantin perempuan dengan nasihat rumah tangga yang berguna.
“Saya bukanlah mahir seperti cara mak andam tradisional dulu, cuma mereka perlu tahu seri perempuan itu amat penting untuk suami dan ia lahir dari dalam,” jelasnya.
Pengalaman demi pengalaman membuatkan Afidah semakin yakin dengan hasilnya lebih-lebih lagi apabila ramai pengantin yang melahirkan rasa puas hati.
“Menyedari ramai yang berminat terhadap dunia solekan maka saya menubuhkan kumpulan jurusolek Afidah Khamis Make ups & Stuff.
“Buat masa ini saya mempunyai dua pelajar yang membantu saya dalam kerja-kerja andaman.
“Saya suka mengajar dan pada masa yang sama menimba ilmu. Saya sering membuat rujukan hasil solekan jurusolek dalam dan luar negara.
“Apabila kita berkongsi ilmu, kita akan dapatkan ilmu lagi, saya juga menyolek bukan untuk wang semata-mata, sebaliknya saya mahu semua perempuan terutama para ‘ratu sehari’ tampil cantik,” ujarnya sambil dipersetujui oleh rakan-rakannya.
Sementara itu salah seorang ahli Afidah Khamis Make Ups & Stuff, Nor Haniza Abdul Hadi, 29 berkata, minat mempelajari ilmu solekan bermula ketika melihat Afidah menata rias sepupunya ketika majlis perkahwinan yang berlangsung beberapa tahun lalu.
“Selepas ‘berguru’ dengan Afidah saya memberanikan diri menyolek pengantin. Sehari sebelum menyolek pengantin sebenar memang tidak boleh tidur dibuatnya kerana memikirkan apakah saya boleh memberikan yang terbaik tapi selesai solek ramai yang memuji, itulah kepuasan sebenar seorang jurusolek,” jelasnya.
Nor Haniza yang memilih melakukan kerjaya jurusolek sebagai sambilan mendapat sokongan dari suaminya.
Seorang lagi ahli kumpulan jurusolek Afidah, Zuraida Mohamad, 28 pula berkata, minat terhadap bidang solekan datang secara semula jadi dalam dirinya.
Dia yang beroperasi dari Muar, Johor sering meminta khidmat nasihat ’sifunya’, Afidah menerusi panggilan telefon.
“Saya seronok dapat mencantikkan perempuan, teknik solekan asas memang saya sudah pelajari dari Afidah, bila bersolek saya hanya perlu menggunakan kreativiti yang diadun dengan cara asas yang telah dipelajari,” jelasnya.
Melengkapi kumpulan jurusolek, Afidah memilih Rosliza Mohd Nor, 43, sebagai perunding persediaan pengantin.
Tugas Rosliza lebih kepada persediaan diri, penjagaan kulit dan rohani bakal pengantin.
“Kebersihan penjagaan pemakanan adalah antara aspek penting bagi seorang pengantin. Dengan kesempurnaan dari aspek ini maka seri seorang pengantin akan lebih naik selepas solekan,” ujar Rosliza yang bercadang mewujudkan sebuah akademi holistik bagi bakal pengantin.
Dalam pada itu Afidah Khamis Make ups & Stuff akan bertanggungjawab menata rias bakal pengantin yang menjuarai Pertandingan Gerbang Cinta-Mega Utusan Malaysia.
Ditanya tentang pembabitan beliau sebagai penaja untuk solekan pengantin dalam pertandingan itu, Afidah mengakui cukup bertuah diberi peluang tersebut.
“Tidak sabar rasanya menunggu pasangan yang berjaya nanti. Setakat ini saya sudah mula memikirkan konsep-konsep solekan yang sesuai tetapi biarlah saya rahsiakan dulu,” katanya menutup perbualan. Bagi pasangan yang ingin mendapatkan khidmat solekan Afidah Khamis Make Ups & Stuffs boleh menghubungi 012-29040066.
Filed Under: Berita Terkini

Entri menarik yang lain:
About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd.


















ishhh…bestnyerrr, minta2 akula yang menang peraduan gerbang Cinta mega ni…
lain dari yang lain, taniah kerana anda berada dilandasan yang betul
wah.. masuk jugak ye… saya no 1 awak no 2 ye.. hehe
alhamdullilah, jemaat lepas bru pos form contest nih, mintak2 sempat lah, alhamdullilah rejki kalo terpilih nti, amin…
Salam
1st of all…terima kasih kepada sahabat saya FayZ yang berusaha mengaktifkan laman web khas ini…this is amazing…
Lily: terima kasih & teruskan berdoa…
Zarina: alhamdulillah, terima kasih..
Zulkarnain & mak eintan: mudah2an..
Saya rasa by now, 10 peserta akhir sudah pun diketahui…
Tahniah kepada yang berjaya… dan kepada yang gagal melangkah ke peringkat akhir…dengarlah ERA kerana…
rezeki, seperti jodoh, Dia yang punya..
jangan putus asa…
Salam.
kaknam nak menyebok kat sini pulak laa..hmm…peserta ni xde ke yg nak bg apa2 komen kat site penaja2?…nampaknya bz kat diari finalis dan berita terkini aje…hmm…takperlah..biar kaknam yg propa ni buat kerja…kalau tak, xde ler nama nya kaknam..gitew?!