Singgah Sana Idaman Raja Sehari

PELAMIN ibarat singgahsana atau gerbang cinta bagi pasangan raja sehari kerana di situlah tercipta detik manis bagi satu permulaan pada perjalanan memasuki alam baru sebagai suami isteri. Berpegang pada falsafah itu Mohd. Azmy Osman, 34, menghimpun idea bagi melahirkan rekaan-rekaan pelamin yang diharap terpahat sebagai sebahagian momen indah yang dikenang sepanjang hayat bukan saja oleh pasangan pengantin bahkan tetamu yang hadir.

Bagi pengasas Orked Art & Decoration yang juga dikenali sebagai Orked Bridal House ini, hiasan pelamin antara elemen terpenting bagi keseluruhan dekorasi sesuatu majlis perkahwinan. “Namun mencipta dan mereka hias singgahsana atau pelamin yang unik serta lain daripada yang lain bukan kerja mudah.

“Ia memerlukan idea kreatif dan daya imaginasi tinggi selain kesanggupan untuk berbelanja lebih,” jelasnya. Atas dasar ingin mencari kelainanlah, kebanyakan pelamin rekaan anak muda ini banyak bermain dengan daun-daun dan bunga-bunga segar.

Biarpun terpaksa berbelanja lebih tetapi beliau puas kerana di situlah beliau dapat mengekalkan nilai-nilai eksklusif dalam setiap rekaannya. “Bunga-bunga segar yang sudah digunakan tidak boleh diulang pakai untuk rekaan lain. Jadi setiap pelamin yang dihasilkan adalah eksklusif dan tidak akan sama dengan rekaan terdahulu,” katanya yang banyak mengumpul pengalaman berkerja dengan perunding perkahwinan terkenal sebelum memulakan perniagaan sendiri kira-kira 10 tahun lalu.

Pereka perkahwinan bukan perancang perkahwinan

Mohd. Azmy, juga mempunyai pandangan tersendiri dalam melihat industri yang diceburi sekarang ini.

Katanya, di Barat pasangan pengantin berbelanja besar semata-mata untuk mengupah pereka perkahwinan atau wedding designer bagi merealisasikan majlis yang diimpikan.

Perkhidmatan pereka perkahwinan ini adalah satu kemestian kerana lazimnya mereka mahu majlis tersebut istimewa dan berbeza dengan majlis perkahwinan orang lain.

“Senario di Malaysia pula masih belum ke tahap itu walaupun kita mempunyai banyak perunding perkahwinan.

“Rata-rata pasangan pengantin lebih suka meniru rekaan-rekaan pelamin atau hiasan lain seperti yang mereka lihat dalam majalah dan sebagainya.

“Alasannya mereka tidak mahu kelihatan pelik dan takut disindir oleh tetamu yang hadir sedangkan mereka sebenarnya boleh memiliki singgahsana yang tersendiri dan eksklusif,” katanya.

Atas alasan itu juga Mohd. Azmy mahu Orked Bridal House dikenali sebagai pereka perkahwinan dan bukannya perunding atau perancang perkahwinan.

“Tentunya gaya kami berbeza. Kami bukan saja menawarkan rekaan hiasan pelamin termasuk kamar pengantin dan meja makan yang eksklusif, bahkan koleksi busana persandingan dan jurusolek yang sentiasa mencari kelainan sesuai dengan cita rasa semasa.

“Selain itu, kami sentiasa berkerjasama dengan bakal pengantin untuk mereka cipta majlis perkahwinan yang diimpikan.

“Bermula daripada barang hantaran, cenderahati, kad jemputan, sehinggalah pelamin kami sedaya upaya akan merealisasikan impian bakal pengantin.

“Selalunya kami akan memberi pandangan dan berbincang dengan pasangan bagaimana mahu menjadikan majlis mereka berjalan dengan lancar dan gemilang,” katanya.

Kerjasama dengan pereka pelamin dari Indonesia

Bagi mencipta kelainan dalam setiap rekaan, bekas pemain bola sepak Liga Malaysia ini berkata, Orked Bridal House turut berkerjasama dengan pereka perkahwinan dari Indonesia.

Selain itu, kepakaran Mohd. Azmy sendiri dalam pembikinan dokumentari televisyen selama lebih 10 tahun dimanfaatkan dalam rakaman video sesuatu perkahwinan.

“Biasanya saya akan menghasilkan satu rakaman video bermula dari zaman kanak-kanak kedua mempelai hinggalah ke detik mereka dinikahkan. Secara ringkasnya boleh diibaratkan saya mencipta sebuah rancangan ‘realiti TV’ khas buat tatapan pengantin sekeluarga.

Kualiti keutamaan Orked Bridal House

Dalam pada itu, nama Orked Bridal House sememangnya sinonim dengan kualiti dan keaslian hasil kerja mereka.

Jadi tidak hairanlah jika ‘rumah perkahwinan’ ini kerap menjadi pilihan di kalangan selebriti, tokoh korporat dan VIP tempatan.

“Saranan saya sebelum mendapatkan khidmat perunding perkahwinan mahupun pereka perkahwinan, pasangan seharusnya sudah mempunyai sedikit idea dan tema yang diingini.

“Pengantin seharusnya melakukan home work terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan perancang atau pereka perkahwinan. Ini bertujuan agar tidak berlaku pertindihan idea,” jelasnya.

Langkah ini juga perlu bagi memudahkan pihak perancang perkahwinan menghidupkan kehendak pelanggan.

azmy-osman-orked-bridal

AZMY SEWAKTU DIJEMPUT OLEH RANCANGAN WANITA HARI INI

“Hasil gabungan kreativiti dan perbincangan membuatkan apa yang dihajati akan tercapai.

“Ia tidak terhad kepada rekaan pelamin di rumah saja, bahkan mampu menukar suasana dewan atau taman yang kosong menjadi singgahsana raja sehari yang menawan.

“Kesimpulannya kami hadir dalam bentuk kemahiran dan kepakaran di samping harga yang berpatutan,” ujar Mohd. Azmy bersungguh-sungguh.

Orked Bridal House yang terletak di 150, Jalan 18/19 taman Seri Serdang, Seri Kembangan, Selangor, boleh dihubungi melalui talian 012-6994645 atau lawati laman web: www.orkedbridal.com

pelamin-orked-bridal-wedding-planner

SocialTwist Tell-a-Friend

Filed Under: Berita TerkiniProfail Penaja

Tags:




Entri menarik yang lain:

About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd.


RSSComments (5)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. Mohd Hafidz Ariffin says:

    Thank you so much PGCMU……

  2. kaknam says:

    syahdunya…

  3. Nurhidayah says:

    Abg Azmy! faizal tahir! best gle! nk jugak pic dgn faizal tahir! idola2! jealous2!

  4. liyana says:

    abg azmy tahniah atas pencapaian abg sehingga sampai tahap ni..gud luck..thanx..

  5. e.azmy nk ganti en mastar ke?
    huhuhuhu..ape2 pn thniah dan kami doakan semoga leh g jauh lg bertaraf antarabngsa

Leave a Reply