25 Peserta Berdebar Tunggu Keputusan
fayz | Nov 04, 2009 | Comments 40
DEBARAN Pertandingan Gerbang Cinta MEGA-Utusan Malaysia (Gerbang Cinta) semakin terasa di kalangan 25 pasangan yang berjaya terpilih ke peringkat saringan daripada ribuan penyertaan dari seluruh negara. Ada yang datang dari Selangor, Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak bagi menghadiri sesi temuduga untuk memilih 10 pemenang termasuk juara yang bakal memenangi tajaan pakej perkahwinan idaman.
Bermula 30 Oktober sehingga 2 November lalu, 25 finalis dengan pasangan masing-masing berkumpul di bilik mesyuarat utama Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur dan menemui panel juri. Hasil temuduga itu nanti, 10 pemenang akan dipilih termasuk pemenang utama yang bakal membawa pulang pakej perkahwinan bernilai RM150,000 merangkumi sajian makanan dan lokasi tajaan majlis di Kampung Pengantin Setapak, Kuala Lumpur. Panel juri terdiri daripada Pengarang Keluarga Utusan Malaysia, Siti Zaleha Jorimai; Mohd. Azmy Osman dari Orked Bridal House; Mohd. Faizal Mohd. Ali (Mastar Catering), Norbiakma Abdul Rashid (Maeps Management Sdn Bhd) dan Azmin Ngah Ibrahim (Picture Elements). Rata-rata peserta yang ditemui berdebar-debar sementara menunggu sesi temu duga bagi menguji pengetahuan mereka mengenai pasangan masing-masing dan kesungguhan mendirikan rumah tangga.
Salah seorang finalis, Ainul Farha Md Ramli berkata, bukan mudah hendak menyertai pertandingan seumpama ini lebih-lebih lagi bersaing menampilkan slogan paling menarik. Ainul Farha, 25, yang merupakan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pandamaran Jaya, Klang, Selangor, bagaimanapun mengubah fikiran selepas mendapatkan nasihat ibunya. “Saya ada pakcik yang memang mahir membuat kerja-kerja gubahan. Dia banyak membantu saya menyertai pertandingan ini dan mencari slogan paling kreatif,” katanya yang menghantar dua borang penyertaan. Bakal suaminya, kerani perunding hartanah, Rizai Ali, 25, pula bercadang melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh 14 Mac 2010, hampir setahun selepas mengikat tali pertunangan pada 16 Mei lalu.
Kedua-duanya bertemu ketika sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sungai Besar dan merupakan rakan sekelas ketika di sekolah menengah. Sementara itu, Nurliyana Ahmad, 23, dan pasangannya, Mohd. Akhbar Zakaria, 24, dari Muar, Johor mengimpikan perkahwinan di tepi tasik atau majlis di luar dengan tema elegan. Kata Nurliyana yang mahir menggubah hantaran (dan menyiapkan dua set hantaran untuk majlis pertunangan mereka), warna hitam dan merah menjadi warna pilihan untuk merealisasikan perkahwinan unik itu. “Alangkah indahnya mawar mewah jadi pelengkap majlis dalam suasana serba anggun. Tetamu juga boleh bergaya dalam konsep warna yang sama,” katanya.
Menurut Mohd. Akhbar, mereka telah berkawan selama lapan tahun sejak di bangku sekolah menengah dan ingin melayari kehidupan bersama sebagai suami isteri. “Pada masa ini kami sering berjauhan kerana memenuhi tanggung jawab kerjaya. “Menjelang usia 30 tahun kami bercadang untuk menetap di satu tempat yang selesa dan tidak bekerja terlalu kuat seperti sekarang,” katanya yang selalu ke luar negeri. Dua pasangan ini merupakan antara 25 peserta separuh akhir yang melalui peringkat saringan (temu duga) selepas berjaya menewaskan 10 ribu peserta lain.
Mereka dipilih kerana berjaya menampilkan kreativiti menerusi rekaan gerbang cinta impian masing-masing. Sementara itu salah seorang panel juri, Norbiakma berkata, sesi temu duga tersebut bertujuan untuk melihat sejauh mana kesungguhan pasangan ingin mendirikan rumah tangga. “Kami mencari pasangan yang benar-benar serius tentang hasrat mereka untuk mendirikan rumah tangga kerana perkahwinan kalau boleh sekali dalam seumur hidup,” katanya. Gerbang Cinta dilancarkan 19 Ogos lalu buat julung-julung kali khas kepada pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan buat kali pertama dan menawarkan pakej tajaan menarik.
Penaja rakan pintar Gerbang Cinta terdiri daripada Orked Art and Decoration, Mastar Catering, syokkahwin.com, MAEPS Management Sdn. Bhd., Picture Elements, Kampung Pengantin, jurusolek Afidah Khamis, T&T Boutique, Rumah Acara dan CJ Print.
APA YANG DIGELAKKAN TU??
PASANGAN NURLIYANA DAN AKHBAR
PASANGAN NURSHEILLA SAIDA DAN TEMAN
Bagi yang berjaya kami ucapkan tahniah. Bagaimana sesi temurarah tempohari? Ada bagus?
Filed Under: Diari Finalis

Entri menarik yang lain:
About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd.




















salam..bagus..best.
mmg bdebar pun…..
Salam En.Fayz,
Bila keputusan akan diumumkan. Keputusan akan disiarkan melalui akhbar rasmi UTUSAN atau dari Laman Web Rasmi Syokkahwin.com
Sekian.
p.s: x sabar nak tunggu keputusannya.
eemm…dupp…dupp…dupp…dupp…
temuramah hari tuu mmg SGT mndebarrrrkan…
soalan2 nye agak simple tp byk maksud tersirat yg panel akan tafsirkan…
kami berdua berdoa yang trbaik..amin
teringat plak masa sesi temuduga aritu….mule2 berdebar…pastu xsedar dh 1 jam borak2 (^_^)…sngt2 berdebar ni….harap2 impian menjadi kenyataan…
cube utk xterlalu fikirkan benda ni..tapi xblh..t’pk jgk.huhu..tlgla..bgtaula kptsnnya cpt..wt ape2 msti trgt…adoila…penantian satu penyeksaan..hehe
ada rezeki adalah tu…yang penting kita dah buat yang terbaik..aku berserah pada Allah..
mmg bdebar pun SANGAT2!!!
ALHAMDULILLAH…..Trm kasih bnyak2 kpd semua..kpd semua finalis, c u on sunday..
eee…bes ye kalo menang….!!!jgn lupa jemput ye….hahahahaa,,,,,,,,,,,
Alhamdulilah.
Tahniah kepada semua calon2.
Semuanya hebat2.
Alhamdulilah Allah telah membuka hati para penal juri, penaja dan penganjur untuk memilih Indra & Nurhidayah keperingkat akhir. Jutaan terima kasih kepada semua kerana bermurah hati menyokong mereka.
Semoga mereka (IN&DayAH =INDAH)terus mendapat sokongan penaja, pengajur & semua yang akan mengundi mereka. Amin3. Terima kasih.
Asalamualaikum. Terima kasih kepada para panel juri, penaja & UTUSAN MELAYU dari mama Indra kerana sudi memilih pasangan INDDAH (INDra+DayAH)sebagai calon pusingan akhir.
Semua 24 pasangan lain hebat2 belaka. Mesti sukar membuat keputusan. Tahniah kepada 10 pasangan yang berjaya ke peringkat akhir.
Syukur alhamdulilah kerana ALLAH telah membuka hati kalbu pihak penaja & penganjur untuk memilih INDDAH bagi pusingan seterusnya…& semoga mencapai kemenangan. Semoga keyakinan Para Penaja & Penganjur mendapat balasan yang setimpal dari Ilahi.InsyaALLAH.
Semoga Allah mengINDAHkan rumahtangga INDDAH & semua bakal2 pengantin dengan iman, ketakwaan & nilai2 murni orang2 soleh & solehah.Amin Amin Amin
SYUKUR ALHAMDULLAH…Ya Allah seribu kesyukuran ku panjatkan…smoga kmi sentiasa diberkati.kpd smua penaja trma kasih byk2…
kepada yang terpilih, diucapkan tahniah. Adakah anda sudah bersedia untuk aktiviti-aktiviti rahsia yang akan ditugaskan kepada anda nanti?
Macam Amazing Race pun ada nie tau!!
cba je yg tbaik time given is too short to make preparation…
pening dtg blik…waaaaa
ribuan terima kasih diucapkan kepada semua penaja-penaja yang memilih kami.terima kasih diucapkan kepada en Azmy(Orked Bridal Houses)En Mastar dan(Mastar Catering)En Faisal(syokkahwin),(pihak picture elements)Afidah Khamis(make up and stuff)pihak MAEPS,pihak Kampung Pengantin,pihak rumah acara T&T Boutique,pihak QM dan tidak lupa kepada penaja UTUSAN MALAYSIA,terima kasih kepada semua
syukur alhamdulillah kepada allah yg maha esa,kami terpilih,insyaallah kami akan buat yang terbaik dan kepada semua penaja-penaja terima kasih sekali lagi kami ucapkan.
It’s ok..khabar kat kawan2..40% markah akan datang dari laman web nie..so suruh mereka datang and undi you banyak2..
Ada kene lari2 ke??abis tu hr ahad kene pakai cmne??
ingatkan da lega ckit..huhu..berdebar..apa plak yg kene wt nnti..huhu
ape2 pun, yg penting ktrg akan usaha sebaik mgkin utk wat ape2 je..alang2 menyeluk pekasam,biar smpai ke pangkal lengan..wah..semangat nih!!
Wat farha+ Ijai teruskan usaha buat yang terbaik untuk cabaran seterusnya….kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..usaha + doa = kejayaan…..kami tetap memberikan sokongan moral 100%….
Ahad ni briefing je kan? takde lari lari kan?
Trm kasih en.Ismail..kami akn usaha sungguh2..wt penaja2 semua, kami akan buktikan yg kami btl2 menang dlm contest ni..
indra+hidayah…en.fayz kata ada cm amazing race tu..cube bc post kt atas tu..
farha+ijai:- kami dah baca post kat atas tu… tgh risau je ni
mungkin ahad nie kena pakai treksuitlah..
emm..xtaula indra+hidayah..hr tu ms en.azmy call dia kt pkai cntk2..nk msuk paper..xkn pkai tracksuit…xtaula..
kwn2 sy rsa xdala smpai kna pkai track..tp mmg dsuruh paki ju yg cntik sbb da sesi fotografi…kta akn dbagi tgasan untk disiapkan dlm masa trtentu..itu je la yg sy tau
Selamat pagi semua, keputusan penuh 10 pasangan ada diumumkan di:
http://syokkahwin.com/gerbangcinta/2009/11/senarai-10-pasangan-terakhir-peraduan-gerbang-cinta-mega-utusan-diumumkan/
Untuk Ahad nie jangan pakai tracksuit.. baru sesi briefing dan bergambar..kalau boleh pakai cantik2 yang memancarkan cahaya ..:)
cahaya keayuan/ke”handsome”an dan keimanan insyaAllah..
Aktiviti2 akan dilakukan selepas itu..
Ok en.fayz…trm kasih bnyk2..barula ktrg tau nk kene wt cmne..hehe..
*kene pakai lip lap cm kak ramlah ram ms nyanyi lagu kau kunci cintaku…*
hehe..gurau je
salam….
kepada yang berjaya saya ucapkan taniah…yang tak berjaya..insyallah masih ada ruang lagi…
ROMANTIKA ERA akan keudara 16 nov ini…
iklas
azmy osman
salam semua..
jom kita prepare baju untuk esok..heehee..
terima kasih en.azmy, alhamdulilah sy terpilih dalm top 10.. ingatkan ‘panggilan hangat’ mana lah td.. nasib x jerit time tu, kala x satu ofis dengar.. heheheee..
terima kasih kepada utusan dn para penaja yg lainnnn…kerana mmilih kami dlm top10….jgn lupa vote kami…hahahhahaa…
kepada yg terpilih bersama kami…..selamat mengevote kn diri sendiri….da menang jgn lupa jemput yup…..gud luck n do your best…go go go cayok!!!!!!!
nak kawennnn
Selamat mengevote kami ye..tp kalo satu umah ada 3 pc, 1 je yg blh pakai..
kpd akhbar n nurliyana…. semoga berjaya!!! kami semua dr p- crew menyokong anda!!!!! caiyok2x…
sheila n zam aku akan memberikan korang sokongan…cuba buat yang terbaik
mari kita ramai2 vote Indra Dan Hidayah…jom
sheila n zam…im on ur side k..
will vote for you k..
just do d best…gambate!!!