IQ : EQ = 1:9 ATAU 9:1 ?

Korang nak yang mane satu? Yang 1:9 atau 9:1? IQ tinggi or EQ yang tinggi?

Indra Hidayah

Indra Hidayah

Ingat suka-suki boleh pilih ker? Ikutkan kata ustaz kat tpt aku g kursus kahwin smlm, perempuan 1:9, lelaki plak 9:1, atau nama lainnye ustaz tu ckp, bodoh akal atau bodoh emosi. Hehhee…kedengaran mcm kasar kan bunyinye, tapi itulah word yg tepat untuk gambarkannye.

Mmg betul pun kan? Perempuan dikuasai oleh emosinye, lelaki plak asyik dgn logiknye tanpa pikir perasaan org lain. Perempuan, bile merajuk, nk dipujuk tapi ckp xnk dipujuk, lelaki plak mmg sengal, dia buat ape yg dia dgr je. Ade satu cite dr ustaz ni kan, dia cite, perempuan ni kalau merajuk lepas tu tutup henpon, bile buka henpon je kalau dpt 1 je miskol or xde msg or dlm erti kata lain sikit giler miskol/msg, mesti perasaan marah merajuk tu jadi berlipat-lipat gandanya, tapi kalau bukak henpon dan tengok ade beratus-ratus miskol/msg, mesti lembut hatinye or dlm erti kata lain mmg hepi giler… ingin dipujuk tapi perlakuan buat mcm tak nak dipujuk, pelik tak? Eh, itu mmg kena dgn batang idung sendiri tu..hahaha… Lelaki plak keje dia asyik nak marah je sbb dia tak paham dengan perlakuan perempuan yang sedemikian.. kesian lelaki, tp nk buat cmne kan, inilah perbezaan yang mnarik hawa dan adam untuk bersama, btul tak?

Wahai lelaki, perempuan cakap je dia tak nak, tapi korang patut boleh tafsir dengan analisis perlakuan perempuan tu, kalau suami layan isteri dengan baik, isteri mesti lembut hati dan layan suami dengan baik, kan? Buatla macam suami romantik: Saidina Ali, dia x dengar cakap isterinya, Fatimah, tapi dia menganalisa kata-kata isterinya itu.. (ni aku x memandai-mandai tulis eh, ustaz yg cakap) ;)

Lagi satu cite ialah bila pasangan suami bergaduh dan perempuan masuk bilik sebab mrajuk, bila suami dia suruh keluar, isteri ckp tak nak.. Berdosa sangat si isteri tu melawan cakap suami.. Lagi berdosa kalau isteri membuat muka.. Insaf dengar bila ustaz cakap camtu…. Aku ni dah la memang suka melawan….dan juga suka dipujuk…;p Perempuan bila dah kahwin, dia milik suaminya, dan isteri kena dengar cakap suami dan segala kata-kata suami adalah arahan, kata-kata isteri pada suami pula hanyalah permintaan, sbb suami ketua keluarga dan dia bertanggungjawab pada semua tindak tanduk keluarga (sebab kenapa lelaki 9 akal 1 emosi)… Lelaki memerlukan penghormatan dan perempuan perlukan kasih sayang.. Tu yang aku belajar semalam…

Memang bagus la pergi kursus kahwin semalam, kata-kata para penceramah (penceramah tempat kursus kahwin semalam terdiri daripada orang-orang yang hebat, selalu keluar dalam forum-forum islam di TV) sangat memberi inspirasi dan peringatan tentang hidup ini… Contohnye mcm rukun islam yang pertama ape? Jawapan aku ialah mengucap 2 kalimah syahadah.. korang tau tak, jawapan aku tu salah, jawapan tu setaraf dgn jawapan bdk darjah 3 je (ele..jawapan korang pun sama mcm aku kn?). Jawapan sebenarnye ialah Syahadah.. itu je.. bukan perkataan syahadah je baru rukun islam, kita kena tgk kejadian alam ni dan mengakui kebesaranNya… Betapa kerdilnye rasa diri ni, nama je dah 24 tahun hidup kat dunia, taraf pendidikan dah sampai ke peringkat sarjana, tapi jawapan masih macam budak darjah 3… Bukti betapa kita ni terlalu mengejar duniawi… Jadi, aku nasihatkan pada yang membaca ni, korang yang sibuk2 bekerja, sibuk2 nak kahwin, dan sibuk2 dengan hal duniawi, sudahkah korang pergi kursus kahwin? Bagi aku yang dah pergi kursus kahwin semalam, kursus kahwin ni bukan hanya untuk org yang nak kahwin,tapi bagus untuk menyedarkan sikit iman kita yang makin menipis tu…… Kembalilah ingatan kita padaNya….

Mobile robot…blh x ko vote utk kitorg…

Kepada Indra Mohd Zin,

Abg….orang minta maaf di atas segala kesala

han orang pada abg. Orang tau orang banyak buat abg sedih, banyak buat abg susah dengan karenah org. Banyak yang orang sengaja dan yang orang x sengaja. Orang tau abg sibuk dengan kerja-kerja abg dan abg kadang-kadang tak ada masa nak layan orang. Dan bila abg tak ada masa tu yang membuat orang marah dan merajuk dan membuat abg lagi penat. Orang minta maaf sekali lagi, org tak bermaksud untuk kejam pada abg, tapi mcm ustaz cakap la, perempuan ni akal dia 1 je, emo

si 9 (alasan ;p). Insyallah, bila dah berkahwin nanti, org akan cuba menjadi isteri yang baik, yang mendengar dan patuh pada suaminya. Bila gaduh masa jadi suami isteri nanti, orang mengalah dan keluarkan kenyataan yang org mengalah sbb org xnk melawan ckp suami supaya akhirat nanti orang boleh pilih mane2 pintu syurga (insyallah), abg kena paham tau yang org dh turunkan ego org dengan tak merajuk lagi dan abg kena janji layan org baik-baik tau dan tak bercakap dengan nada marah serta memaafkan kelakuan org… Masa kahwin nanti, abg akan menang je dalam se

mua isu… Tapi….buat masa sekarang, biarlah orang jadi diri orang ye? Benarkan orang menang dalam perbalahan dan buli abg eh, nanti dah kahwin tak boleh buli abg lagi.. ;p

Ikhlas,

Nurhidayah Adnan

Gambar semasa kami memberi kursus kepada adik-adik tentang robot :)

Mobile robot…blh x ko vote utk kitorg…

Siapakah pasangan pilihan yang anda rasakan berhak untuk memenangi Peraduan Gerbang Cinta?

  • Izuddin Salleh & Qistina Nazri (13.0%, 1,247 Votes)
  • Afandi Isa & Nurfairuz Aina Kohar (13.0%, 1,244 Votes)
  • Faizul Azmi Abd. Razak & Noriedayu Norhashim (13.0%, 1,240 Votes)
  • Ashraff Azhari & Nurul Shafeeni Hamdan (13.0%, 1,238 Votes)
  • Faez Mokhtar & Annis Fadzreen Radzib (13.0%, 1,232 Votes)
  • Indra Mohd Zin & Norhidayah Adnan (9.0%, 881 Votes)
  • Akhbar Zakaria & Nurliyana Ahmad (9.0%, 848 Votes)
  • Zamizar Zakaria & Nursheilla Saida Abdullah (6.0%, 548 Votes)
  • Rizal Ali & Ainul Farha Ramli (5.0%, 513 Votes)
  • Shahril Ismail & Shah Rizul Irza Zulkiply (4.0%, 421 Votes)

Total Voters: 9,409

Loading ... Loading ...
SocialTwist Tell-a-Friend

Filed Under: Diari Finalis

Tags:




Entri menarik yang lain:

About the Author:


RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply