MAnNA (Mohd Afandi n Nurfairuz Aina) Kisah Percintaan 7 Tahun
afandi | Nov 10, 2009 | Comments 6

Alangkah Indahnya Jika Percintaan Itu Seperti Dalam Dunia Barbie, Bermula dan berakhir dengan Kegembiraan Tanpa Perlu Memikirkan Takdir Kerna Semuanya Telah Ditentukan
Episod 2
Benakku asyik memikirkan mengenai Aina. Memikirkan peribadinya yang aneh membuatkan aku benar-benar teruja untuk mengenalinya. Akhirnya aku terlena kerana terlalu letih dengan aktiviti kuliah. Hari ke hari aku cuba mencari jalan bagaimana supaya aku boleh mengenali Aina. Akhirnya aku bertanya dengan rakan-rakan yang mengenali Aina iaitu Hajar. Aku bertanya pada Hajar “Eii Hajar, Aku nak tanya kau sikit”. “Apa dia?” Hajar menjawab. “Boleh tak aku minta tolong kau sikit je?” Aku bertanya kepada Hajar sambil tersenyum. Hajar menganggukkan kepalanya, “Boleh tak kau dapatkan nombor telefon Aina dan bagi nombor telefon dia pada aku?”. Hajar mengangkat keningnya tanda kehairanan. “Kau nak buat apa?’ tanya Hajar. Aku menjawab “Tak adalah aku dengar dia tu tak suka bercakap dengan lelaki, jadi aku saja nak berkenalan dengannya”. Hajar memandang tepat mataku sambil berkata “Dia kurang bercakap dengan lelaki, aku cuba dapatkan nombor telefonnya tapi kalau dia tak bagi aku tak boleh nak tolonglah”. hati aku gembira kerana ada sedikit harapan untuk aku berkenalan dengan Aina.
Petang itu adalah sesi kuliah Biologi, seperti biasa aku duduk dibarisan depan lelaki sebaris dengan barisan Aina. Aku beri isyarat kepada Hajar supaya dia mendapatkan nombor telefon Aina, Hajar menjalankan peranannya sebagai orang tengah. Hajar cuba memujuk Aina untuk memberi nombor telefonnya, namun Aina menolak. Setelah lama dipujuk oleh Hajar dan kawan-kawan lain, Akhirnya Aina memberikan nombor telefonnya kepada Hajar dan nombor telefon itu diberi kepada aku. Aku sangat seronok kerana rancangan aku mendapatkan nombor telefon Aina berjaya.
Sesi kuliah petang tamat, aku pulang ke Blok dengan hati gembira kerana nombor telefon Aina berjaya aku dapatkan. Aku keluarkan telefon bimbit Nokia 3310 lalu mendail nombor telefon Aina yang diberi oleh Hajar. Telefon berdering-dering, begitu juga jantung aku terasa berdering-dering mengikut deringan telefon bimbit aku. Setelah deringan ketiga aku mendengar suara wanita menjawab telefon. “Hello, siapa ni?” wanita itu menjawab panggilanku. Aku bertanya “Ini Aina ke?”. “Ya saya Aina, siapa ni?” dalam nada tegas. “Saya fendi, budak lelaki yang mintak nombor telefon awak tadi, ingat tak?”. “Tak ingatlah, nak apa ni?” sekali lagi aku mendegar nada suara mendatar dari Aina. Aku menjawab ”Takkan awak tak ingat, saya baru je minta nombor telefon awak”. ”Kau nak apa ni, aku tak ada masa la nak borak dengan kau” kali ni nadanya seperti tidak senang dengan panggilan aku.
Telinga aku terasa panas walaupun aku duduk ditempat redup kerana kata-kata Aina tadi. Aku bertanya kepadanya ” Janganla marah-marah, nanti cepat tua”. Aina menjawab dengan lebih tegas lagi “Biarlah, kalau aku tua pun kau peduli apa”. Semakin panas telinga aku mendengarnya. Aku bertanya dengan nada tegas “Kenapa awak marah-marah ni, saya nak borak dengan awak aje?”. “Buat ape nak borak, nak buat orang perasan ke?, Sorryla aku bukan perempuan yang mudah kau perasankan, lelaki semua sama je suka buat orang perempuan perasan. Nak bermegah-megah ngan kawan sebab dapat tackle perempuankan”. Kali ini aku tak dapat berdiam diri lalu berkata “Eii mak cik, awak ingat awak ni cantik sangat ke sampai saya nak buat awak perasan saya suka awak. Saya ikhlas nak berborak dengan awak tapi awak marah saya pula. Patutla orang kata awak tak suka bercakap dengan lelaki, baru nak cakap dah kena sembur dengan ayat berbisa awak”. Aina menjawab “Bagusla macam tu lain kali jangan cakap lagi”. Aku semakin geram, “dahla kalau tak mahu nak berborak cakap ajela, buat habis kredit aku je tapi yang aku dapat kena sembur dengan orang. Bye”.
Perbualan aku tidak membuahkan hasil sebaliknya menjadikan aku lebih marah lagi. “hm macam rimau” aku mendengus. Aku masuk ke bilik dan cuba menenangkan diriku yang sedang marah. Aku baca buku rujukan Kimia namun satu apa pun tak lekat dibenakku. Akhirnya aku tidur bagi menenangkan hatiku.
Bersambung.
Kepada Pengundi-pengundi Mohd Afandi dan Nurfairuz Aina, terima kasih atas undian anda. Semoga Allah membayar kebaikkan tuan/puan. Pembaca lain dipohon untuk mengundi Mohd Afandi n Nurfairuz Aina bagi memberikan sokongan kepada kami. Terima kasih.
Filed Under: Diari Finalis

Entri menarik yang lain:
About the Author:

















u are the best
all d best tuk korang..
dayang penyokong setia korang..
aina…fendi…
aku sopkong korang…aku pun turut memainkan peranan mengundi korg…cayalah
wish you all the best Afandi & Aina
chayok!chayok!
wish the best of luck to both of u in this competition.may all your dreams come true..
to the voters, do support my friends here k. fyi, they are very loving couple & know what, next year they are planning to get married!! we will pray for them k..amin.
Thanks.