MAnNA (Mohd Afandi n Nurfairuz Aina) Koleksi untuk Aina
afandi | Nov 27, 2009 | Comments 0

Inspirasi buat Ainaku
Aku selalu ingin mengadakan sesuatu yang terbaik dalam hidupku bersama Aina. Aku amat minat pada seni. Oleh kerana aku minat akan seni, lalu aku zahirkan minatku itu kepada sesuatu yang indah buat pasanganku…dari lirik lagu, gambar, kad ucapan, sehingga hantaran pun aku ilhamkan buat Aina

Gubahan Hantaranku Pada Aina

Bukanlah semua ini dianggap sebagai kayu pengukur kepada kasih dan sayang tetapi ini adalah bukti aku selalu mengingati Aina dan menyayangi kepada Aina. Kadang-kadang duit bukan pengukur kepada kasih sayang tetapi keikhlasan dalam menzahirkan kasih dan sayang akan lebih dihargai…

Lirik yang ku Ilhamkan Pada Aina
Menyayangi orang adalah memahami kelebihan dan kelemahan pasangan kita. Jadi untuk menggembirakan pasangan kita, kita perlu tahu apa kesukaannya. Walaupun murah tapi jika keikhlasan datang dari hati…pastinya si dia akan mengingati kita sampai akhir nafasnya.

Filed Under: Diari Finalis

Entri menarik yang lain:
About the Author:
















