MAnNA (Mohd Afandi n Nurfairuz Aina) Romantik FF8
afandi | Nov 27, 2009 | Comments 0

Jam menunjukkan 11.35 malam…aku masih belum dapat tidur lagi…Masih meneruskan nukilan aku. Aku akan gunakan kesempatan yang ada untuk menghantar nukilan aku untuk tatapan pembaca yang tersayang…Aku sangat suka akan fantasy…..antara game RPG yang aku suka adalah Final Fantasy8. jalancerita game ini sangat romantik…bagi sesiapa yang tidak pernah melihat jalan cerita ini sangatlah sayang…cerita ini mengajar kita erti perjalanan cinta yang penuh dengan dugaan dari raksasa, orang jahat dan ahli sihir..
Dalam cerita ini Squal (watak utama) sanggup mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Ranoa (heroin) kerana kasih dan sayangnya pada ranoa…banyak scene romantik..antaranya Squal menari dengan Ranoa dan paling best ketika Squal diambang maut dan dipangku oleh Ranoa……
Begitulah harapanku kepada Aina…aku harap sehingga nafas aku terakhir…aku mahu didakap dan dicintai oleh Aina….Kepada rakan-rakan finalis….kita bukan kartun yang dicipta watak dan jalan penentunya. Kita adalah pelakon dunia yang diberi kebebasan untuk menentukan watak kita sendiri samaada jalan akhirnya bahagia, biasa atau sengsara….Harapan pada semua biarlah hubungan bersama pasangan kita kekal sehingga akhir nafas kita…
Filed Under: Diari Finalis

Entri menarik yang lain:
About the Author:
















