MAnNA (Mohd Afandi & Nurfairuz Aina) Kisah Percintaan 7 Tahun

Episod 1

Disinilah Bermulanya Kisah Agung Percintaan Abad Ini.

Semester Kedua Matrikulasi.

Aku tersedar dari tidur,  jam menunjukkan pukul 6.00.  Seperti biasa mata aku terasa sembam kerana aku hanya dapat tidur selama 3 jam saja pagi ini. Sudah 3 minggu aku berkeadaan seperti ini. Ini adalah perkara biasa yang berlaku dalam matrikulasi, belajar sehingga jam 4 ke 5 pagi adalah biasa buat pelajar di sini. Tujuan datang ke sini adalah satu iaitu untuk menempatkan diri ke Universiti dalam usia yang muda.

Aku terus bersiap untuk solat. Selesai solat, ku hias rapi diriku dengan mengenakan pakaian yang kemas. Aku bergegas dari Blok C3 yang terletak di atas bukit ke dewan kuliah 4. Aku lihat ramai rakan-rakan telah lama menunggu di depan pintu dewan kuliah 4 .  Sebaik aku sampai, aku disapa oleh Angah dan Asma rakan praktikum ku. Kami berborak mengenai  latihan Biologi yang diberikan oleh pensyarah semalam. Dalam praktikum dan rakan-rakan lain, aku di kenali sebagai Library bergerak kerana aku mampu menjawab soalan rakan-rakan sama seperti yang ada dalam buku rujukan.

Dalam aku berborak bersama rakan-rakan, Asma tergelak sambil menegur bahawa tali kasut aku tertanggal. Aku membongkokkan badanku yang kurung kering dan mengikat tali kasutku. Ketika aku sibuk mengikat tali kasut, aku mendongak ke atas memandang Asma dan Angah yang sedang melihat gelagatku yang tak reti nak ikat kasut dengan betul. Ketika aku mendongak, aku terlihat di sebelah kiri Angah seorang wanita berpakaian merah jambu. Ku terkesima dengan wajahnya yang indah dan molek gerak-gerinya.

Hatiku berkata ‘tak pernah nampak pun budak perempuan ni, budak baru masuk kuliah ni kot’.  Selesai mengikat tali kasut pintu kuliah dibuka dan sesi pembelajaran bermula. Pagi ni aku tak dapat tumpukan perhatian kepada topik yang di sampaikan pensyarah Biologi kepada aku. Aku masih melihat wanita tadi.  Aku berkata dalam hati ‘kenapa aku tak nampak pun dia sebelum ni, dah tiga minggu sesi pembelajaran bermula baru sekarang aku tengok dia’.

Selesai kuliah petang aku kembali ke bilik aku di Blok C3. Malam itu aku belajar seperti biasa, kepala aku masih memikirkan kelibat wanita dan bermain-main di benakku. Aku tak tahu siapa wanita itu dan dari praktikum mana. Kebetulan malam itu aku belajar di bilik  Hairi yang ku panggil nama timangannya C-Dol. Dia kawan sekuliah tapi dari praktikum lain kerana pada semester kedua terdapat rombakan kuliah di mana praktikum kuliah lain bergabung dengan praktikum  dari kuliah yang satu lagi.

Aku bertanya Hairi”Ei Dol, kau nampak tak perempuan cun yang pakai baju kurung pink dan duduk di barisan paling depan sekali pagi tadi?”. Hairi menjawab “Kalau perempuan paling cun yang duduk di barisan paling depan tu Aina namanya”. Aku makin berminat untuk bertanya ”Kau kenal dia ke Dol?”. Hairi berasa hairan kerana selama ini  aku tak gemar nak bercerita tentang perempuan tapi hari aku berminat nak tahu pasal perempuan pula. Hairi berkata ”kau nak berkawan dengan dengan dia ke?. Hentikanlah niat kau tu, dia tak layan lelaki, dengan budak praktikum aku pun dia tak layan ini pulak kau”.

Aku bertanya kehairanan ” kenapa kau cakap Aina tak layan lelaki, dia tu ada masaalah ke dengan lelaki ke?”. Hairi menjawab ”Itu aku tak tahu, kalau kau rasa kau berani nak berkawan dengan dia kau teruskan. Tapi nasihat aku kau lupakanlah”. Perbincangan kami tentang Aina berhenti setakat itu sahaja. Namun hati aku tetap ingin tahu kenapa dia susah nak berkawan dengan lelaki. Aku merancang malam itu untuk mendapatkan nombor telefon Aina dari kawan-kawan wanita lain.  Hati aku semakin memuncak untuk mengetahui diri Aina sebenarnya.

Bersambung

(Kepada Pembaca di Luar sana, berilah sokongan kepada kami dengan mengundi kami di website Gerbang  Cinta, undi anda pencetus kepada kejayaan impian kami ini)

Siapakah pasangan pilihan yang anda rasakan berhak untuk memenangi Peraduan Gerbang Cinta?

  • Izuddin Salleh & Qistina Nazri (13.0%, 1,247 Votes)
  • Afandi Isa & Nurfairuz Aina Kohar (13.0%, 1,244 Votes)
  • Faizul Azmi Abd. Razak & Noriedayu Norhashim (13.0%, 1,240 Votes)
  • Ashraff Azhari & Nurul Shafeeni Hamdan (13.0%, 1,238 Votes)
  • Faez Mokhtar & Annis Fadzreen Radzib (13.0%, 1,232 Votes)
  • Indra Mohd Zin & Norhidayah Adnan (9.0%, 881 Votes)
  • Akhbar Zakaria & Nurliyana Ahmad (9.0%, 848 Votes)
  • Zamizar Zakaria & Nursheilla Saida Abdullah (6.0%, 548 Votes)
  • Rizal Ali & Ainul Farha Ramli (5.0%, 513 Votes)
  • Shahril Ismail & Shah Rizul Irza Zulkiply (4.0%, 421 Votes)

Total Voters: 9,409

Loading ... Loading ...

SocialTwist Tell-a-Friend

Filed Under: Diari Finalis

Tags:




Entri menarik yang lain:

About the Author:


RSSComments (5)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. crystal says:

    hm…best gak kisah cinta nih..patut dapat 1st place r

  2. t tiTI says:

    cerita yg mengayikkan dan sentiasa di abadikan selamanye………..

  3. aj1802 says:

    gud luck dear…;)kisah chenta korg sweet la…

  4. nura says:

    nice..macam baca novel~ huhu.

  5. azmy Osman says:

    eemm…ok tapi kalau diolah dengan lebih kreatif pasti lebih menarik…

Leave a Reply