MAnNA (Mohd Afandi n Nurfairuz Aina) Cabaran Berakhir

Terima kasih semua

Seminggu aku tak dapat nak upload cerita dalam diari finalis, akhirnya dapat juga aku kesempatan untuk menghantar nukilan aku ini.

Akhirnya…… tugasan yang diberikan telah berakhir menjelang tepat jam 10p.m.  23 November 2009

Bagi kami tugasan yang diberikan cukup menduga kami baik dari segi fizikal..mental mahupun emosi…

Kami terpaksa membahagikan antara tangungjawab hakiki yang wajib dilaksana sebagai pekerja dan dalam pada masa yang sama komitmen dalam mencapai impian…

Meeting…outstation……impian…tugasan….vote…..banner……field day…masa yang singkat…semua menjadi satu…

Apa pun kami gembira kerana bersama rakan-rakan finalis lain menjayakan program ini. Teamwork dari pasangan, keluarga, saudara mara dan rakan-rakan adalah pencetus kepada hasil kerja yang memberansangkan. Namun begitu penentunya adalah penganjur dan penaja budiman sekalian…

Sepanjang proses undi dijalankan..pelbagai dugaan yang mendatang. Antara kritikan pedas dari orang sekitar…tentang kawin free, semasa meraih undi ada yang memperli kami “komputer tak ada..periuk ada” walhal kami hanya bertanya dengan cara lembut kepada orang ramai. Kalau nak di ceritakan pandangan sinis dari orang ramai..memang semua finalis pun mengalami pengalaman yang sama…termasuk dimarahi oleh pak guard.  Adakalanya kami terasa perit melaksanakan tugas ini namun ianya tidak mematahkan semangat kami untuk berjuang.

Dalam  saat begini…keluarga, saudara-mara, dan rakan-rakan adalah pemangkin kepada daya usaha kami. Tanpa mereka kami tak mungkin dapat mara dengan lebih jauh. Di kesempatan ini kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan dan merealisasikan Program Gerbang Cinta. kami berasa bertuah kerana terpilih untuk bersama-sama menjayakan program ini sehingga pada detik terakhir.

Peluang yang diberikan membolehkan saya dan pasangan melalui satu pengalaman baru dalam hidup. Pengalaman yang tidak pernah kami duga akan dialami sepanjang hayat ini.

Namun pengalaman ini mengajar sesuatu yang bermakna dan bernilai kepada kami iaitu ‘kesabaran’…..

kesabaran menghadapi setiap cabaran bagi mencapai impian…. Kepada semua pengundi…terima kasih atas undian tuan/puan. Jasa tuan/puan terhadap kami tak akan kami lupakan sampai bila-bila.

Kepada para penaja yang memilih kami menjadi 10 finalis Gerbang Cinta ini…Terima kasih yang tidak terhingga atas peluang yang diberi…semoga hubungan ini dapat diteruskan sampai bila-bila

syaz

ramai

undi

u8n

TERIMA KASIH SEMUA

SocialTwist Tell-a-Friend

Filed Under: Diari Finalis

Tags:




Entri menarik yang lain:

About the Author:


RSSComments (1)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. aziem says:

    taniah…
    akhirnya akak n abg fandy berjaya juga…
    semoga bahagia untuk selamanya….

Leave a Reply