ReNunGan Untuk BerSaMA

Assalamualaikum….Renungan cinta,rindu dan cemburu untuk semua….hayatilahhh….


Jarang orang berbicara tentang cinta,rindu dan cemburu….Ramai juga yang selalu terlalu prejudis terhadap cinta… Menganggap cinta dan rindu sebagai suatu perkara yang buruk dan menjijikkan… Golongan yang paling ramai berpandangan sedemikian ialah para remaja. Malah golongan remaja jugalah yang menyalah ertikan tentang maksud cinta dan rindu sehingga terlalu berlebih-lebihan di dalam melaksanakan maksud cinta yang dicipta oleh mereka dengan melakukan perkara-perkara maksiat..Tidak dapat dinafikan ada yang sanggup berzina dengan pasangannya hanya dengan menggunakan istilah “ cinta” dan “rindu”..

Mungkin kerana wujud golongan yang menyalahgunakan.. erti sebenar cinta , maka golongan remaja yang menjaga peribadi mereka juga turut memandang serong terhadap cinta..

Cinta juga makhluk.. Rindu juga makhluk ciptaan Allah taala.. Seseorang akan menjadi musuh terhadap sesuatu yang dia tidak kenali dengan mendalam.. Kalau ingin membenci cinta maka sepatutnya perlu berlaku adil padanya..Perlu kenal apa itu cinta terlebih dahulu.. Perlu kenal apa itu rindu terlebih dahulu..

Cinta, rindu dan cemburu merupakan tiga perkara yang tidak boleh kita nafikan kewujudannya.. Ketiga-tiga perkara ini wujud di dalam hati sanubari seseorang.. Ianya juga banyak membantu di dalam kehidupan seseorang.. Ya benar, Allah taala tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia melainkan perkara itu ada tugasnya tersendiri.. Lemahnya adalah kita yang tidak mampu mencari hikmahnya..

Tanpa cinta, kita tidak akan wujud di dunia ini.. Tanpa cinta seseorang boleh berlaku kejam terhadap keluarganya.. Tanpa cinta dunia akan gelap gelita tanpa sinar..

Kerna kurangnya rasa cintalah yang menyebabkan seseorang itu berlaku kejam terhadap saudaranya.. Begitu juga rindu dan cemburu.. Tanpa cemburu seseorang boleh membiarkan kekasihnya melakukan maksiat.. Tanpa cemburu maka seorang isteri akan membiarkan suaminya bermain kayu tiga dan tanpa cemburu jugalah menyebabkan seseorang akan membiarkan hatinya dipermainkan orang lain..

Tanpa cinta ini maka perkahwinan tidak akan berjaya dan bahagia. Perlu difahami dengan baik, yang memberikan kebahagian dan ketenangan bukanlah zat cinta itu sendiri, bahkan yang memberikannya kepada kita ialah Pemilik Cinta itu sendiri iaitu Allah Yang Maha Pencinta dan Pengasih. Cuma cinta ini sebagai satu wasilah bagi mencapai ketenangan itu.

terima kasih kepada penyokong,pengundi dan penaja kami yang banyak membantu kami…terima lah renungan ini untuk bersama undilah akhbar zakaria n nurliyana ahmad

penaja 2

Siapakah pasangan pilihan yang anda rasakan berhak untuk memenangi Peraduan Gerbang Cinta?

  • Izuddin Salleh & Qistina Nazri (13.0%, 1,247 Votes)
  • Afandi Isa & Nurfairuz Aina Kohar (13.0%, 1,244 Votes)
  • Faizul Azmi Abd. Razak & Noriedayu Norhashim (13.0%, 1,240 Votes)
  • Ashraff Azhari & Nurul Shafeeni Hamdan (13.0%, 1,238 Votes)
  • Faez Mokhtar & Annis Fadzreen Radzib (13.0%, 1,232 Votes)
  • Indra Mohd Zin & Norhidayah Adnan (9.0%, 881 Votes)
  • Akhbar Zakaria & Nurliyana Ahmad (9.0%, 848 Votes)
  • Zamizar Zakaria & Nursheilla Saida Abdullah (6.0%, 548 Votes)
  • Rizal Ali & Ainul Farha Ramli (5.0%, 513 Votes)
  • Shahril Ismail & Shah Rizul Irza Zulkiply (4.0%, 421 Votes)

Total Voters: 9,409

Loading ... Loading ...

SocialTwist Tell-a-Friend

Filed Under: Diari Finalis

Tags:




Entri menarik yang lain:

About the Author:


RSSComments (2)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. yatt says:

    WAAA…ROMANtik giler.

  2. fiqa says:

    huhuhu..jiwang gax korang kan..

Leave a Reply