Rindu-rindu Raya :)
Indra | Nov 30, 2009 | Comments 0
Salam semua,
Kami dah lama tak masukkan coretan di blog kami. Mohon ampun dan maaf, realiti kerjaya dan tanggungjawab memerlukan perhatian kami berdua. Namun kami tetap ingin berkongsi dengan rakan-rakan dan sanak keluarga yang tak jemu-jemu bertanya tentang pertandingan ini. Jadi begini la pengalaman kami….
Dengan ikhlasnya saya dan Nurhidayah banyak menempuh dugaan semasa proses pengundian berlangsung…. tapi pendek kata, kunci kejayaan suatu perhubungan adalah dengan berkomunikasi dan berbincang. Alhamdulillah sanak saudara yang kami lawat semasa hari raya bertanyakan khabar berita mengenai keputusan pertandingan yang mereka semua hebat berkempen. Ada yang kata “wah lagi hebat dari PRU ke 12!” Hehehehe adakah pengalaman ini sama seperti seorang ahli politik….? Mungkin juga…. Tapi saya dengan tenang berkata… takpe undi dah habis… kami dapat nombor 6 sahaja. Menang ke tak yang penting…. Nurhidayah lah yang akan menjadi isteriku nanti.
Bagi ku… pertandingan ini mengajar erti berpasukan… dan sifat merendah diri…. kita yang nak…. tapi tak semestinya memilih jalan yang paling cepat… biar lambat asal selamat
Banyak yang kami tak mampu buat… hanya mampu melihat pasukan-pasukan lain berkempen. Tapi kami buat seboleh yang mampu… alhamdulillah berkesan juga ![]()
Akhirnya ramai juga yang bertanya … takde ke entry terbaru dari kami…. saya yang sibuk dengan tanggungjawab berasa kesal tak dapat memenuhi permintaan rakan taulan yang terhibur dengan entry2 ikhlas kami.
Akhirkata,
Jika terkasar bahasa,
ada yang terlupa,
Tercalar sini sana,
Mohon agar semua bahagia,
Disamping keluarga,
Pada hari raya,
Korban pon korban juga,
Ucapan terima kasih tak terhingga,
Dari Indra & Nurhidayah untuk semua,
Jika ada masa,
Kami akan menghiburkan anda,
dengan kisah cinta,
antara anak adam dan hawa.
Jumpa lagi ya!
Dari,
Indra & Nurhidayah
Filed Under: Diari Finalis

Entri menarik yang lain:
About the Author: Indra + Nurhidayah = Indah! hehehheheh
















