Tip: Mengubah Saiz Gambar Anda!

Banyak juga persoalan saya terima mengenai masalah untuk memuat naik gambar-gambar mereka. Antara sebab utama ini terjadi ialah, saiz gambar tersebut yang tersangat besar. Saiz maksud saya di sini adalah berat fail gambar tersebut. Seperti yang sudah sedia maklum, default size dari kamera digital atau telefon bimbit kadang-kadang boleh mencapai beribu pixel saiznya, dan berat fail melebihi 1 MB. Keadaan ini akan melambatkan server untuk “menyedut” gambar anda. Cara yang terbaik untuk mengatasinya adalah dengan mengurang saiz gambar tersebut dengan menggunakan program yang sudah tersedia ada di komputer anda iaitu Microsoft Office Picture Manager (jika anda mempunyai Microsoft Office di komputer anda).

resize-gambar

Jika tidak ada, anda boleh memuat turun picture resizer di sini:

http://bluefive.pair.com/pixresizer.htm

Pastikan saiz gambar anda kurang dari 200kb ya!

Jika tidak ada lagi… banyak lagi album online yang anda boleh letakkan gambar anda seperti Flickr.com dan imageshack.us. Muat naik gambar anda di sini dan salin code nya dan paste di posting anda! Amacam boleh?

imageshack

IMAGE SHACK TIDAK MEMERLUKAN PENDAFTARAN.. PILIH BUTANG “resize image” UNTUK “MERINGANKAN” SAIZ FAIL ANDA!

SocialTwist Tell-a-Friend

Filed Under: Berita TerkiniDari Penaja

Tags:




Entri menarik yang lain:

About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd.


RSSComments (3)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. adik eja says:

    tq en fayz atas ilmu y di berikan…

  2. ainnur says:

    yup..yup…
    terima kasih kerana berkongsi ilmu..
    sy pon menghadapi masalah apabila saiz gambar terlalu besar ni..lambat..
    tq btw…

Leave a Reply