Gerbang Cinta Milik Pasangan 3 Sejoli

Debaran kemuncak Peraduan Gerbang Cinta MEGA-Utusan Malaysia yang menawarkan penajaan majlis perkahwinan bernilai lebih RM230,000 akhirnya terjawab selepas pasangan Mohd. Afandi Mohd Isa, 25, dan Nurfairuz Aina Mohd. Kohar, 25, dinobatkan sebagai pemenang pertama. Kemenangan pasangan itu juga bermakna mereka merupakan pasangan paling bertuah daripada lebih 10 ribu peserta lain yang turut menyertai peraduan anjuran Utusan Malaysia melalui sisipan MEGA, yang bermula sejak 20 Ogos lalu.

afandi-isa-aina-kohar

Malah mereka juga berjaya mengatasi 10 finalis yang berjaya sehingga ke peringkat akhir selepas memperoleh markah tertinggi hasil pengundian melalui laman web syokkahwin.com dan markah juri. Ketika ditemui pasangan kakitangan kerajaan ini menyifatkan kemenangan itu rezeki yang datang ketika mereka sedang merancang untuk mendirikan mahligai suci pada awal tahun depan. “Saya benar-benar tidak menjangkakan kami boleh terpilih dan menang tempat pertama kerana semua peserta akhir adalah sangat hebat.

”Inilah agaknya yang dikatakan pepatah ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.’” “Malah semasa dihubungi oleh pihak Utusan untuk datang hari ini (Selasa 1 Disember 2009), kami ingat kena datang untuk ditemuramah lagi,” kata Mohd. Afandi sambil menjeling ke arah tunangnya. Kejayaan manis tersebut membolehkan pasangan ini menerima pakej perkahwinan bernilai RM150,000. Pakej tersebut meliputi sajian makanan, perkahwinan penuh bergaya di Kampung Pengantin, Kuala Lumpur, dekorasi pelamin, busana, solekan, hiasan hantaran dan cenderahati.

Selain itu turut ditaja ialah kad jemputan, rakaman video, fotografi, pakej berbulan madu, sistem pembesar suara dan kursus kahwin. Menceritakan pengalaman selama empat bulan menyertai peraduan tersebut, pasangan ini mengakui pelbagai dugaan dan rintangan yang dihadapi mereka sebelum mengecapi kejayaan ini. ”Pernah suatu ketika terdetik di hati menyatakan sukarnya peraduan ini, namun kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh Aina membuatkan saya kembali bersemangat,” ujarnya mengimbau kembali pengalamannya.
Katanya, pengalaman mempromosikan diri supaya mendapatkan sokongan orang ramai untuk mengundi mereka di laman web syokkahwin.com juga betul-betul memberi pengertian yang besar kepada mereka.

”Bayangkan kami berdua terpaksa menebalkan muka memperkenalkan diri kepada orang ramai demi mencari publisiti untuk mencalon diri masing-masing untuk ke peringkat akhir. ”Pengalaman tersebut betul-betul memberi pengertian besar kepada saya demi membuktikan kasih sayang kepada Aina,” terangnya bersungguh. Tegasnya lagi, kemenangan itu juga adalah hasil usaha serta berkat doa kaum keluarga dan rakan-rakan. ”Mungkin ia juga adalah hasil usaha kami dan juga berkat doa yang dimakbulkan oleh-Nya,” kata Mohd. Afandi yang akan menunaikan ibadat umrah selepas diijabkabulkan awal tahun depan.

Menceritakan bibit perkenalan mereka, beliau memberitahu, dia dan pasangannya berkenalan hampir tujuh tahun yang lalu semasa mengikuti kursus matrikulasi di Lundang, Melaka. ”Jika sudah jodoh tidak ke mana. Begitulah ketentuan Ilahi yang sudah tertulis pada kami,” ujarnya tersenyum sambil ditemani tunang tercinta . Hubungan Mohd. Afandi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Mikrobiologi daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Nurfairuz Aina, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian Biologi Haiwan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini sudah tentu mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya amat menyayangi dia kerana sifatnya yang baik hati, bijak, tidak suka berpoya-poya dan setia pada yang satu,” terangnya lagi. Tambah Mohd. Afandi, oleh kerana terlalu sayangkan Nurfairuz, dia sanggup bersusah payah asalkan buah hatinya itu senang. ”Semasa masih menuntut di universiti, ibunya dihantar bertugas di luar negara. Oleh kerana Nurfairuz tiada kenderaan untuk ke kuliah, saya sanggup bekerja sambilan di hotel untuk membeli kereta bagi menghantar dan menjemputnya ke kuliah setiap hari selama tiga tahun sehingga selesai pengajian.

“Bagi saya, biar saya susah asalkan dia senang, malah saya sanggup lakukan demi membuktikan kasih sayang saya terhadap dirinya.” katanya yang mengimpikan majlis perkahwinan ala perkahwinan diraja. Tegas Mohd. Afandi lagi, dengan kemenangan yang diperoleh, beliau mengimpikan dalam majlis perkahwinan itu nanti, mereka diarak di atas tandu seperti raja zaman dahulu dan dimeriahkan lagi dengan bunga api berwarna-warni serta mercun.

Sementara itu, pasangan eksekutif di sebuah syarikat petroleum, Md. Izudin Salleh, 25, dan tunangnya, Qistina Mohd. Nazri, 25, pula terpilih sebagai pemenang kedua. Pasangan itu menerima tajaan pakej perkahwinan bernilai RM50,000. Qistina ketika ditemui menyifatkan kemenangan di tempat kedua adalah hadiah kepada dirinya dalam merealisasikan perkahwinan mereka. ”Walaupun di tempat kedua tetapi ia banyak membantu memudahkan urusan perkahwinan kami,” ujarnya yang bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh.

Hadiah tersebut meliputi sajian makanan dan lokasi di Dewan Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor, selain dekorasi pelamin dan meja makan, busana, solekan, hiasan hantaran, kad jemputan, video dan fotografi. Sementara itu, tunangnya, Md. Izudin Salleh juga yang bersetuju dengan pendapatnya menyifatkan peraduan tersebut merupakan memori indah buat mereka berdua yang akan dikenang sampai bila-bila.

Selain dua pasangan ini, tempat ketiga pula menjadi milik pasangan Rizai Ali dan Ainul Farha Md. Ramli yang pulang membawa pakej perkahwinan bernilai RM30,000. Menariknya, lokasi majlis perkahwinan bagi tempat ketiga ialah di kampung halaman pemenang sendiri. Pasangan Ainul Farha yang merupakan seorang ustazah di sebuah sekolah di Klang dan Rizai yang berkerja sendiri, tidak menyangka dipilih sehingga ke peringkat akhir.

”Walaupun di tempat ketiga, tetapi saya seolah-olah tidak percaya dan sukar untuk menerima kenyataan ini,” ujar Ainul Farha serius. Bagaimanapun dia dan pasangan bersyukur kerana berjaya dengan kemenangan yang diperoleh. Pakej tersebut termasuk sajian makanan, dekorasi pelamin dan meja makan, busana solekan, kad jemputan, fotografi, video dan sistem pembesar suara.

SocialTwist Tell-a-Friend

Filed Under: Berita TerkiniDiari Finalis

Tags:




Entri menarik yang lain:

About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd.


RSSComments (6)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. Tahniah buat 3 pasangan yang berjaya…..anda adalah yang paling bertuah drp yang 10 finalis yang bertuah……Utk farha dan Rizai tahniah…….Anda jujur dalam dlm segala apa yang anda lakukan…..tahniah sekali lagi…semoga berbahagia kekal keselama-lamanya……..jgn lupa jemput yee……

  2. ayu@amie says:

    congrates pd u all semua..
    ayu ngan amie da selamat diijabkabulkan..
    jemput la dtg ahad ni kat seri menanti..
    doakan kami kekal bahagia..

  3. MAnNA says:

    Selamat Pengantin baru buat amie@ayu…
    kami doakan semoga amie dan ayu bahagia sehingga ke akhir hayat. sorry tak dapat duk lama sehingga habis bersanding…kerana kami pergi ke rumah eja di Kuala Lipis….
    semoga cepat dapat anak korang berdua ye…

  4. MAnNA says:

    Saya dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada para juri yang memilih kami memenangi peraduan gerbang cinta ini. Sesungguhnya hadiah tak ternilai ini tidak pernah dijangka oleh saya dan pasangan saya. Saya bersyukur kerana impian saya untuk mendapatkan majlis perkahwinan yang terindah buat pasangan saya dimakbulkan Allah.

    Hadiah ini bukanlah kerana usaha saya dan tunangan saya semata-mata…saya yakin ini adalah berkat doa ibu dan ayah saya selama ini merestui kehidupan saya dan sentiasa berdoa agar saya murah rezeki dan panjang umur…Kejutan yang diterima memang sesuatu yang tidak disangka-sangka…

    Allah sahajalah yang membalas budi dan jasa tuan/puan sekalian…sedikit pantun dari saya:

    Tuan Haji memakai jubah
    Singgah sembahyang di tepi lorong
    Kalau sudah kehendak Allah
    Rezeki segenggam jadi sekarung

    Tanam Lenggun Tumbuh Kelapa
    Terbit Bunga Pucuk Mati
    Budi tuan/puan saya tak lupa
    Sudah Terpaku Di Dalam Hati

    Terima Kasih…
    Ikhlas Dari MAnNA

  5. manusIa:) says:

    saLAm suMe…tahNIAh saPE yANg meNaNG daN teLAh selAmaT diijAbkaBUlKAn.laYArIlaH uMAh tAnggA denGAn baeK daN iSlaM sebGAi pegAnGaN.untUK meNGeKAlKAN sesAUtu oTu lebIh suKAr daRI mendaPAtKAnnYA..untUk peNAJA jiKA aDA raNcANgaN seperTi iNI LAGi,diHARAp daPaT memBAtaSKAn perGAuLAn aNtARa pasAnGAn semAsA sesI foTogRAfI…nIAt sUDAh BAeK,seirIngKAnLAh deNGAn tIndaKAn.seLAmAT maJU jaYA:)

  6. ayu@amie says:

    Tg sgt2 kat Aina n Fendy sbb dtg majlis kitorang ari tu..
    ayu terkejut sgt2 tau..
    jgn lupa jemput kitorang k..

Leave a Reply