RSSAuthor Archive for fayz

FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd.

Singgah Sana Idaman Raja Sehari

Singgah Sana Idaman Raja Sehari

PELAMIN ibarat singgahsana atau gerbang cinta bagi pasangan raja sehari kerana di situlah tercipta detik manis bagi satu permulaan pada perjalanan memasuki alam baru sebagai suami isteri. Berpegang pada falsafah itu Mohd. Azmy Osman, 34, menghimpun idea bagi melahirkan rekaan-rekaan pelamin yang diharap terpahat sebagai sebahagian momen indah yang dikenang sepanjang hayat bukan saja oleh [...]

Hidangan Istimewa Mastar Catering

Hidangan Istimewa Mastar Catering

BERNIAGA makanan sememangnya cukup mencabar apatah lagi jika tidak berbekalkan kesungguhan, semangat, komitmen dan pengorbanan yang besar. Itu belum lagi mengimbangi kerjaya dan keluarga, mengumpulkan pelanggan tetap, memperoleh pendapatan stabil dan mengembangkan potensi bisnes kepada sesuatu yang lebih komersial dan berdaya maju. Sewaktu mula-mula menceburkan diri dalam perniagaan makanan di kantin Sekolah Menengah Alam Shah [...]

Afidah Khamis – Jurusolek Berkualiti

Afidah Khamis – Jurusolek Berkualiti

NAMA Afidah Khamis mungkin tidak begitu dikenali berbanding jurusolek-jurusolek artis ternama yang kerap menghias dada akhbar atau majalah bersama hasil kerja mereka. Namun tidak bermakna hasil solekan wanita kecil molek ini boleh dikompromi.  Mula ‘bermain’ dengan berus dan warna sejak tahun 2003, wanita yang memiliki ijazah dalam bidang kaunseling dari Universiti Islam Antarabangsa ini semakin [...]

Rumah Acara – Pelengkap Keceriaan Majlis Anda

Rumah Acara – Pelengkap Keceriaan Majlis Anda

Rumah Acara akan melengkapi hari bersejarah anda dengan menyediakan perkhidmatan penggambaran videografi, suntingan dan susunan muzik nan merdu. Selain itu, ia bakal disulami paparan visual pasangan raja sehari yang menyelitkan pelbagai acara penuh makna dalam membina mahligai kasih sehingga ke akhir hayat. Pastikan anda menghubungi mereka untuk keterangan selanjutnya, Rumah Acara akan membantu anda merancang [...]

Picture Elements – Melengkapkan Memori Indah Anda!

Picture Elements – Melengkapkan Memori Indah Anda!

Alangkah indah sekiranya saat indah itu dapat diselami dan dihayati sampai bila-bila? Saat indah itulah yang akan menyebabkan renggangan hubungan kembali bertaut, kasih sayang semakin kukuh, menjadi pembakar semangat dan juga mendokong ketabahan. Kenangan lalu juga kadang-kala memberikan harapan. Semua ini akan lebih berkesan jika pemotretan emosi dilakukan oleh seorang profesional seperti PICTURE ELEMENTS. Berlokasi [...]

Merealisasikan Impian

Merealisasikan Impian

DALAM suasana ekonomi yang tidak menentu sekarang ini di mana penawaran tenaga kerja yang melebihi permintaan pasaran menyebabkan ramai pasangan terpaksa menangguhkan keinginan untuk berumah tangga. Alasan utama bagi penangguhan itu ialah tidak mampu menyediakan perbelanjaan untuk majlis perkahwinan yang sekarang ini semakin mahal dan secara purata boleh mencecah lima angka. Jumlah RM10,000 dikira paling [...]

Peluang Perkahwinan Ditaja

Peluang Perkahwinan Ditaja

Biarpun baru bermula, bahangnya sudah terasa. Itulah ungkapan yang dikeluarkan oleh akhbar Utusan Malaysia semalam (24/8/09). Tentunya, peraduan gerbang cinta ini sungguh meriah, apa tidaknya para pasangan bakal pengantin berpeluang untuk ditaja hampir sepenuhnya dengan hadiah keseluruhan bernilai RM250,000. Sepuluh rakan pintar Utusan Malaysia melalui sisipan MEGA telah bekerjasama untuk menjayakan peraduan ini. Mereka adalah [...]

13 Tanda Anda Sudah Jatuh Cinta!

13 Tanda Anda Sudah Jatuh Cinta!

Apakah tanda-tanda anda sudah jatuh cinta dengan seseorang? Ada yang sudah jatuh cinta pandang pertama, tidak kurang pula yang mengambil masa menerusi love and hate relationship. Tetapi jika anda mempunyai perasaan berikut, memang sah anda sudah jatuh cinta.

Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
Anda akan sentiasa merindui [...]

Fakta Mengenai Cinta

Fakta Mengenai Cinta

Kata-kata cinta yang puitis dan indah sememangnya mampu memberikan impak kepada perhubungan yang terjalin. Walaupun ringkas, madah cinta selalunya mempunyai maksud yang mendalam apabila diperhalusi.  Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 [...]

Cara-cara Membuatkan Si Dia Mengajak Anda Berkahwin!

Cara-cara Membuatkan Si Dia Mengajak Anda Berkahwin!

Cinta adalah sesuatu yang indah. Walaupun indah, adakalanya ia menyebabkan kita menangis, sepi dan keseorangan (Keseorangan bila cinta syok sendiri lah tu ). Tetapi walaupun cinta sudah lama diucapkan, lamaran perkahwinan tidak juga kunjung tiba. Jika ini berlaku, perkataan cinta mula dipersoalkan.
Jika dia benar cintakan diriku ini mengapakah dia tidak rela hidup bersamaku?
Banyak alasan [...]

Syokkahwin.com – Laman Web Perkahwinan Utama Malaysia

Syokkahwin.com – Laman Web Perkahwinan Utama Malaysia

Laman web perkahwinan Syokkahwin.com sudah bertapak sejak tahun 2006. Laman yang memuatkan beribu senarai penyedia perkhidmatan perkahwinan dan juga panduan dan tips-tips berguna perkahwinan ini diterajui oleh seorang jejaka lebih dikenali sebagai FayZ di kalangan peminat dan pengikutnya. FayZ adalah seorang usahawan di bidang pemasaran internet (internet marketing) dan sering menjadi rujukan bagi teknik pemasaran [...]

Mastar Catering – Pilihan Utama Pengantin

Mastar Catering – Pilihan Utama Pengantin

Mastar Catering telah ditubuhkan oleh En Mastar bin Muni pada awal 1983. Ketika itu  beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan dan masih belum menggunakan nama MASTAR Catering dengan menjual pelbagai jenis produk makanan terutamanya nasi lemak kukus.Dengan pengalaman yang diperolehi, En Mastar mula mengorak langkah setapak demi setapak dengan melibatkan diri dalam perniagaan kantin sekolah [...]

Afidah Khamis – Make Ups and Stuff!

Afidah Khamis – Make Ups and Stuff!

Pertama kali saya bertemu dengan insan yang bernama Afidah, saya berasa sedikit agak gugup. Apa tidaknya, beliau adalah seorang yang amat disegani dalam bidak persolekan dan kecantikan wanita sebaris dengan nama-nama seperti Nurul Shukor dan Saidatul Nisa. Afidah yang bernaung di bawah label AFIDAH KHAMIS cukup berpengalaman dalam bidang kecantikan wanita setelah berkecimpung selama lebih [...]

Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan

Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan

Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan telah dilancarkan di dalam majlis gilang gemilang di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Puan Sri Norainee, yang merupakan isteri kepada YBhg. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Orked Bridal House – Perancang Perkahwinan Unggul!

Orked Bridal House – Perancang Perkahwinan Unggul!

Nama Orked Bridal House amat sinonim dengan kualiti dan keaslian hasil kerja mereka. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya mereka sentiasa mendapat tempat di kalangan selebriti dan VIP tempatan. Diterajui oleh Azmy Osman, seorang perunding perkahwinan yang tidak asing lagi di dalam dunia perkahwinan tempatan. Kata Azmy, “Orked Bridal House, sentiasa berusaha merealisasikan impian pelanggan. Kami [...]