Syarat Penyertaan
Gerbang Cinta adalah peraduan anjuran pihak UTUSAN MALAYSIA (MEGA) dan disokong oleh sepuluh penaja-penaja yang terkenal di dalam bidang perkahwinan di Malaysia. Syarat-syarat penyertaan adalah berikut:
- Peserta dan pasangan mestilah berkahwin buat kali pertama.
- Hanya borang asal diterima (diterbitkan di sisipan MEGA, Utusan Malaysia yang diterbitkan dari hari Isnin hingga Khamis.)
- Hanya 10 pasangan yang layak ke peringkat akhir.
- sepanjang peraduan berlangsung iaitu mulai 20 Ogos hingga 20 Oktober 2009.
- Hadiah peraduan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
- Pilihan pemenang oleh pihak penganjur adalah muktamad.
- Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan hadiah pertandingan pada bila-bila masa.
Cara Menyertai
- hantarkan gambar anda bersama pasangan yang menarik berukuran 5R (3 keping) semasa majlis pertunangan. Nyatakan tarikh dan lokasi majlis diadakan di bahagian belakang gambar.
- Kumpulkan sekurang-kurangnya 50 kepala akhbar (masthead) Utusan Malaysia dari tarikh 20 Ogos-20 Oktober 2009.
- Lengkapkan slogan dengan tidak lebih dari 16 patah perkataan.
- Hantarkan mastheads tersebut ke alamat yang tertera di bawah bersama borang penyertaan ke: PERADUAN GERBANG CINTA MEGA-UTUSAN, Unit Pengurusan Jenama, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Kompleks Sri Utusan, Lot 6, Jalan P/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Seksyen 10, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Untuk pertanyaan, sila hubungi Kak Tim/Dino/Zura di talian 03-9287 7777 sambungan 306/259/348.

















