gerbangcinta-ad-smaller468x60

IKLAN SYOKKAHWIN copy

« »

Kisah cinta Farid & Natalia (Chapter 3)

Assalamualaikum semua,

Ikutilah kisah cintaku yang seterusnya bersama tunang tersayang,Nur Natalia.

…..Aku perlu berani,aku anak jantan.Aku perlu berjumpa dengan Natalia.Aku tidak mahu hubungan ini berkekalan dengan hanya sekadar menjadi seorang teman.Memang diriku tidak dapat menafikan hatiku lagi, aku memang menyimpan perasaan sayang terhadap Natalia.Perasaan itu sudah menjadi semakin dalam dan ianya tidak dapat disorok lagi. Sebelum ia berulat dan memakan diriku, baik aku lakukan sesuatu.

Hmm….Tapi bagaimana aku ingin membuka langkah untuk bertanya kepada Natalia yang aku ingin bertemu dengannya.Aku tidak mahu terlalu straight forward. Maklumlah diri ini juga seorang yang malu-malu .

25/7/2008 , hari itu aku hanya mencuba nasibku untuk bertemu Natalia. Aku akan berangkat ke Kuantan menaiki bas pada pagi itu.Tiket bas untuk ke Kuantan sudah kubeli minggu lepas lagi.Persediaanku perlu cukup.
Perjalanan mengambil masa selama 5 jam, namun ku dapat merasakan perjalanan itu tiba-tiba menjadi singkat. Pelik, kenapa begini? Barangkali aku mungkin terlalu nervous untuk berjumpa Natalia. Mana tidaknya, habis lencun bajuku dek peluhku walaupun aircond bas menghala tepat ke arahku. Adrenalinku mengalir tak ingat dunia dah ni.

Memang aku betul-betul menguji tuahku pada hari itu lantaran aku sebenarnya merancang untuk bertemu dengan Natalia tanpa memberitahunya terlebih dahulu.Satu jam sebelum tiba di Kuantan, aku memberanikan diri untuk menelefon Natalia. Panggilan ku dijawab oleh Natalia.

Aku berbicara dengannya dan menyatakan hasratku untuk berjumpa dengannya.Katanya sudah agak lewat petang tapi dia bersetuju juga untuk berjumpa denganku. Kami menetapkan temu janji di East Coast Mall, Kuantan.

Hari itu merupakan hari yang bersejarah buat kami berdua kerana pada hari itulah kami berdua bertemu untuk pertama kalinya……

……Oh ya sebelum terlupa, pada masa itu tunang tersayang merupakan seorang pelajar sains hayat di Matrikulasi Gambang, Pahang. In case jika anda tertanya-tanya kenapa aku pergi ke Kuantan untuk bertemu Natalia.

-Farid-

Filed Under: Biodata PesertaFarid Fikri & NataliaFeatured

About the Author: Farid & Natalia - Top 10 Finalis Gerbang Cinta musim ke 2 Utusan Malaysia.

RSSComments (5)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. labu81No Gravatar says:

    wow…fantastic love story!!! cant wait another chapter… hope it would be a greatest things to share…. bravo FF&Yaya. Our pray for your happiness n success is always meant for you both!!!!

  2. kar9nevskyNo Gravatar says:

    kinda love story…agree with labu81.. cant wait for more..

  3. kar9nevskyNo Gravatar says:

    Just voting for both of you. Now the numbers has increased. Hey..voters out there, appreciate your support. Tq

  4. princess rashidahNo Gravatar says:

    i like this chapter.

Leave a Reply

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

This site is using OpenAvatar based on