|
Laman ini khusus bagi mereka
yang akan mendirikan rumah tangga atau sudah berkahwin. Sila
tinggalkan sekiranya anda masih lagi belum bersedia untuk berkahwin.
Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sikap anda sekiranya anda
masih berdegil. Sesunggunya perbuatan zina adalah amat dikeji!
Malam pertama adalah saat-saat yang amat
ditunggu-tunggu oleh pasangan mempelai. Di waktu ini
tiada lagi rahsia antara pasangan. Semuanya terdedah!
Intimasi diri dan perkara sulit peribadi menjadi
terbongkar. Banyak juga saya mendengar
cerita-cerita malam pertama dari pelawat SyokKahwin.com. Ada
yang melucukan juga. Malam ini adalah juga penentu kepada
kejayaan dan kepuasan sesebuah rumahtangga. Secara
lazimnya, bagi mereka yang baru ingin mengenal
mengenai hubungan kelamin antara suami isteri akan
dipenuhi dengan perasaan cemas dan debaran yang
memuncak. Jangan masuk bilik terus berbogel,
telanjang
atau nude
sudahlah..hehe..Fikiran kenalah ditumpukan khusus kepada isteri
bukannya pada Fasha Sandha, Sari Yanti, Fauziah Ghous, Linda Rafar atau Nur
Fazura! Kenalah sabar, jika tidak nanti seperti dirogol
pula. Kena elakkan keganasan. Tingkatkan kelembutan dan keasyikan. Kami di sini dengan sukacitanya ingin
meredakan perasaan yang tidak menentu itu dengan
segmen-segmen khas dan panas yang boleh menjadi
panduan kepada bakal mempelai. Jika anda ingin
mengetahui perasaan mereka yang pernah melaluinya dan membincangkan
mengenainya, sila ke ruangan forum nostalgia kami.
MALAM PERTAMA
Pelayaran malam
pertama
MALAM pertama
adalah satu cabaran yang memanaskan jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman
berasmara. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya
untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya
apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada
pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.
Namun, perlu
diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut dengan pelayaran
malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga
pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati
dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama
berjalan lancar.
Seseorang wanita
juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana
mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau
terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan. Lebih-lebih lagi
si lelaki harus membantu membersihkan pinggan mangkuk dan sebagainya.
Jika keadaan
mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam
pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya
apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil
melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.
Dia boleh
membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan
pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin
mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh
menyebabkannya terpancut.
Apabila sentuhan
intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak
mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu
melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.
Paling penting
ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan kemut
bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada ?enahan?
iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.
Jika terasa kesat
untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan sentuhan
tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa
faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke
dalam faraj.
Andainya masih
juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli
bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila
sudah ?engenali? sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan
tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa
mereka.
Bagaimanapun,
perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan lelaki boleh
terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang
hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.
Jika berasa
seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan
rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali
gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada
pasangannya.
Keadaan ini
dikenali sebagai mati pucuk malam pertama. Perkara sama boleh
berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat
mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan
ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalan. Oleh itu sebaiknya
perlulah biasakan foreplay dahulu sebelum memulakan langkah yang
seterusnya.
MERANCANG
KELUARGA
Jenis-jenis kondom
dan cara-cara memilihnya
-
Kondom biasanya diperbuat daripada latex atau
polyurethane. Yang paling baik ialah latex kerana ia adalah getah
asli jika dibandingkan dengan polyurethane yang berasaskan bahan
kimia plastik yang kurang fleksibel. Tetapi bagi mereka yang
bersifak allergik kepada latex boleh menggunakan polyurethane.
Bagaimana kajian ilmiah menunjukkan kedua-duanya mempunyai
ketahanan yang sama daripada pecah jika digunakan dengan
betul.
-
Kondom latex hanya boleh digunakan dengan
pelincir berasaskan air, bukan minyak seperti vaseline atau krim
sejuk kerana ia akan memecahkan latex tersebut.
-
Kenapa perlu guna kondom? Kondom adalah satu
caranya yang boleh menolong untuk mengelakkan penyebaran sexually
transmitted diseases (STD) seperti HIV dan mencegah
kehamilan.
-
Kondom dan pelincirnya (lubricants) seperti KY
Jelly selalunya mengandungi spermicide yang dipanggil Nanoxynol 9
yang dikatakan dapat mengelakkan kehamilan dan penyebaran HIV dan
juga STDs yang lain.
-
Terdapat pelbagai jenis kondom di pasaran kini
dari segi warna, tekstur dan juga perisa.
-
Kondom tidak mempunyai saiz seperti baju S, M
atau L. Kondom bersifat elastik dan boleh di"stretch" untuk
meliputi sepenuh saiz ketegangan zakar seseorang. Cincin di
pangkal kondom juga digunakan untuk menyesuaikan kondom dengan
saiz zakar seseorang.Tapi secara lazimnya, kondom yang diperbuat
untuk negara-negara Asia adalah lebih kecil sedikit daripada
negara-negara barat.
Sila pastikan bahawa kondom yang anda beli
membawa tanda kelulusan antarabangsa sama ada FDA, ISO, CE atau
"British Standard Kite Mark)
Ribbed kondom biasanya mempunyai sedikit
benjolan yang boleh meningkatkan geseran dan terus sensasi semasa
bersama. Terpulang kepada individu jenis yang mana hendak dipilih.
Setiap perbezaan dari segi saiz dan bentuk adalah untuk memenuhi
kehendak individu yang berbeza dan meningkatkan keseronokan
bersama. Bincangkanlah bersama pasangan anda termasukalah yang
samada hendak perisa strawberry atau chocolate.
Kondom-kondom boleh didapati di semua kedai
farmasi, rangkaian 7 eleven, stesen-stesen minyak, hypermarket
seperti Giant, Carrefour dan Tesco di seluruh
negara.
Cara-cara memakai
kondom
-
Pasanglah kondom secara perlahan-lahan saat
zakar sudah berereksi, sebelum penis menyentuh daerah vagina
pasangan. Pemasangan harus menyelubungi penis sampai ke pangkal.
-
Jika kondom yang digunakan tidak mempunyai
ruang penampung di hujungnya, tariklah sekitar satu sentimeter
agar air mani tertampung di sana. Hindari juga udara tersimpan
dalam ruang kosong ini agar kondomnya tidak pecah.
-
Supaya kegiatan bercinta terasa lebih enak,
sapukankan sedikit pelincir berupa air di hujung kondom sebelum
memasangnya.
-
Pegang cincin kondom, lalu selimuti hingga ke
hujung zakar. Apabila Anda belum disunat, tarik kulup penis ke
pangkal penis sebelum kondom terpasang.
-
Bila kondom tersebut dirasakan bocor, hentikan
kegiatan seks anda segera. Tarik penis dan ganti dengan kondom
yang baru. Selepas ejakulasi, cepat tarik penis sebelum "layu"
supaya air mani tidak tumpah. Lakukan dengan mencepit pangkal
kondom agar tidak tertinggal di vagina kerana kelicinannya.
-
Kemudian bungkuslah kondom dengan tisu dan
buang ke tempat sampah. Cuci tangan bersih-bersih.
-
Jangan sesekali mencuci kondom dan
menggunakannya kembali. Ingat, kondom hanya untuk digunakan sekali
pakai sahaja.
KESUBURAN
WANITA
Menentukan Kesuburan
Wanita - Mengelakkan Kehamilan dengan mengetahui pusingan
kitar haid wanita
Wanita menjadi subur
sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid pertamanya
keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia mencapai
akil baligh dalam lingkungan 12 tahun.
Tempoh kesuburan berlangsung sehingga usia
wanita dalam lingkungan 48 tahun iaitu apabila berlaku putus haid.
Dalam jangka masa 36 tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami
beberapa kali kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga.
Setiap wanita yang
ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur
atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali dalam satu
pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.
Oleh sebab itulah,
apabila wanita yang setelah sekian lama mendirikan rumahtangga
tetapi masih belum mempunyai anak, harus diperiksa kesuburannya
dengan melakukan beberapa ujian dan pemeriksaan tertentu. Ujian dan
pemeriksaan ini adalah unutk menentukan pengeluaran benihnya sama
ada normal ataupun tidak.
Terdapat beberapa cara bagi menentukan seseorang
wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah benih itu
keluar. Waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau fertile
period. Persetubuhan perlu dilakukan pada waktu ini untuk menjayakan
kehamilan, atau jauhkan waktu ini untuk mengelakkan kehamilan. Ada
beberapa cara untuk menentukan kesuburan wanita:
Pusingan Haid Wanita yang mempunyai pusingan haid teratur
setiap bulan biasanya subur. Pengeluaran benih ini berlaku pada hari
ke-13 atau 14 dikira dari hari pertama keluar darah haid.
Satu pusingan haid
dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid
datang semula. Satu pusingan ini biasanya meliputi jangka masa 28
hari hingga 30 hari.
Adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan
anak mencatat tarikh bagi keluaran haid dalam satu buku kecil yang
mengandungi carta suhu badan. Buku ini boleh didapati di klinik
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluara Negara (LPPKN).
Ada beberapa tanda yang
berlaku pada waktu pengeluaran benih seperti rasa sakit atau senak
di bahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari
kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah
dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah.
Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih
kesat dan pekat.
Catatan
Suhu Badan Setiap wanita yang
ingin meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan suhu badannya dalam
satu carta khas yang boleh didapati di klinik LPPKN. Suhu badan
perlu disukat dengan mengggunakan jangka suhu khas yang digelar
ovulation thermometer. Alat clinical thermometer yang biasa
digunakan untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk tujuan ini.
Suhu badan perlu
disukat sebaik sahaja bangun tidur tetapi sebelum meninggalkan
tempat tidurnya untuk memberus gigi dan mandi.
Jangka suhu perlu
disediakan pada malam sebelumnya, iaitu dengan menggoncangkan supaya
tanda raksa turun ke paras paling rendah. Apabila hendak mengambil
suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau
tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian dicatatkan pada carta khas
dan ini patut dibuat tiap-tiap hari melainkan pada hari wanita itu
dalam haid. Satu muka carta baru digunakan bagi pusingan haid yang
berikutnya.
Carta
suhu badan ini memberi maklumat penting kepada doktor dan jururawat.
Ia akan menunjukkan sama ada wanita itu mengeluarkan benih atau
tidak dan bila benih itu keluar. Biasanya suhu badan akan turun
sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ia
meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan
ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika
bentuk ini tidak kelihatan pada carta, mungkin ini menandakan wanita
tersebut tidak mengeluarkan benih dan seterusnya dia tidak boleh
hamil.
Ujian Darah Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh
juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak.
Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga
25 dalam pusingan haid. Wanita yang pusingan haid mereka tidak
teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali
dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benihtidak keluar
dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan
untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting
ialah meyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon
gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.
Ujian D
& C Ujian D & C selalu
dikatakan oleh doktor pada wanita yang kurang subur. Dalam tatacara
pembedahan yang kecil ini, saluran pangkal rahim wanita itu
dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian
dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini
memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka
sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam
sistem peranakan.
Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga
tisu yang tidak normal dapat dikeluarkan untuk membolehkan kehamilan
berlaku. D & C juga boleh dilakukan untuk mengetahui sama ada
seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih atau tidak. Ini
hanyalah satu bukti secara tidak langsung bagi menentukan
pengeluaran benih wanita.
Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu
memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan keteika
melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama
ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran
air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa
sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai
keadaan saluran peranakan tersebut.
Pemeriksaan Fizikal Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa
termasuklan buah dada, kilang tiroid pada leher dan sistem
peranakan.
Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk
mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh
mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu
pengeluaran benih.
Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk
mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini
berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu
terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu
pengeluaran benih perempuan.
Pemeriksaan Sistem Peranakan Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk
menentukan sama ada system peranakan seseorang wanita itu normal
atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran
peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk
memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor
memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat
menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun
tidak.
Jangkitan Faraj Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau
vaginitis dan pada pangkal rahim atau cervicitis yang biasanya
ditandai dengan lelehan keputihan boleh mengganggu benih lelaki.
Pangkal rahim menjadi luka dan merah yang dikenali sebagai cervical
erosion atau ditandai oleh ketumbuhan seperti polip. Ketumbuhan yang
bukan jenis kanser iatu fibroid juga boleh berlaku pada rahim. Ada
juga wanita yang mempunyai sistem peranakan yang tidak normal sejak
dilahirkan iaitu congenital abnormality. Semua gejala yang
disebutkan itu boleh menyebabkan masalah kesuburan.
Pemeriksaan Laparoskopi
Ini adalah satu
pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui
sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan
melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat dan
menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur
fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang
menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya
perlu diberi.
Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat penting
kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan
kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui
teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah
sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini
kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran
peranakan. Mengikut kajian kita, kejadian penyakit ini kian
meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman
sekarang yang melambatkan perkahwinana ataupun menangguhkan
kehamilan dan kelahiran anak.
Wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada
secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman
khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh
menjadi rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada
kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.
Sesetengah penyakit yang
dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga
tetapi ini adalah terhad.
Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan
dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluaran
tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau
ovari.
Untuk
melakukan pemeriksaan laparoskopi, wanita berkenaan perlulah
dimasukkan ke hospital, biasanya selama dua malam. Dia akan dibius
bagi menjalani pemeriksaan ini. Di Pusat Pakar Kesuburan LPPKN,
pemeriksaan laparoskopi kerap dilakukan dengan tidak perlu wanita
tersebut bermalam di wad. Mereka hanya perlu datang ke pusat
tersebut pada sebelah pagi dan boleh pulang pada hari yang sama.
Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray)
Jika terdapat saluran peranakan tersumbat, ujian
lain diperlukan. Ujian yang dimaksudkan ialah X-ray yang digelar
Hysterosalpingogram. Ini adalah satu ujian khusus untuk melihat
ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray.
Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast
medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa
gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja
berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan
selepas waktu subur dikhuatiri pendedahan bahangan X-ray terhadap
bayi jika kehamilan telah berlaku.
Bagaimana
meningkatkan kesuburan?
-
Elakkan makan makan daging
merah ( cthnya daging lembu, kambing,rusa dll. )
-
Elakkan makan makanan dari
tenusu ( cthnya susu lembu, chess dll produk tenusu ). Tetapi, ini
haruslah digantikan dengan meminum susu soya.
-
Elakan minum kopi dan teh.
Ini kerana caffeine di dalamnya akan menyebabkan pengurangan
kesuburan sebanyak 50%.
-
Tenangkan jiwa senang
tiasa. Contonhnya pergi melancong. Bila tenang, badan kita pun
tenang.
Mengenali Kitar Haid Wanita
Apakah
sebenarnya pusingan haid ini?
Ini
adalah pusingan yang berlaku dalam rahim dan kilang ovari sebagai
tindakbalas pada rangsangan hormon-hormon dari kilang pituitary dan
ovary yang menghasilkan proses penetasan telur.
Hari
pertama datang haid sehingga sehari sebelum haid bulan berikutnya
adalah dianggap sebagai satu pusingan. Jangka waktu pusingan haid
antara 20 hingga 40 hari adalah dianggap normal. Kebanyakan
wanita mempunyai pusingan 28 hingga 30 hari sahaja.
Lebih singkat atau lebih panjang daripada waktu ini (20 – 40 hari)
adalah dianggap luar biasa atau tidak teratur. Ini
mungkin menandakan satu penyakit atau keadaan hormon tidak seimbang
dan mereka adalah kurang subur.
Adakah
pusingan haid wanita dikawal oleh hormon?
Pusingan haid wanita memanglah dikawal oleh
hormon-hormon – dari kilang pituitary , hormon-hormon FSH dan LH
,
manakala kilang
ovarii mengeluarkan hormon-hormon oestrogen dan progesterone . Begitu juga dengan ciri-ciri
serta sifat kewanitaan seperti rupa paras, kecantikan, kelembutan
kulit dan lain-lain juga dikawal oleh hormon wanita iaitu oestrogen
dan progesterone yang dikeluarkan oleh kilang ovari.
Kilang pituitary pula mengeluarkan
hormon-hormon gonadotrophin – FSH dan LH. Hormon
hormon gonadotrophin ini bertindak kepada kilang ovari untuk
mengeluarkan telor (ovum) dan kilang ovary pula mengeluarkan
hormon-hormon oestrogen dan progesterone. Hormon-hormon
oestrogen dan progesterone seterusnya akan bertindak pada selaput
rahim. Ini adalah bertujuan untuk membuat persediaan
bagi menghadapi kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku,
selaput rahim akan gugur sebagai darah haid.
Begitulah keadaannya setiap bulan kecuali
bila berlaku kehamilan atau sesuatu penyakit menyebabkan gangguan
dalam pusingan haid. Gangguan emosi seperti kesedihan
akibat daripada kematian saudara-mara dan tekanan fisikal juga boleh
mempengaruhi kawalan bagi pusingan haid.
Bagaimana cara menjaga kebersihan
diri waktu haid?
Jagaan kebersihan faraj dan kawasan
sekelilingnya pada waktu haid adalah penting bagi kesihatan dan
maruah diri wanita. Untuk mengelakkan tompokan
darah melekat pada pakaian, pakailah tuala wanita.
Bagi gadis-gadis sunti saya nasihatkan jangan memakai tuala tampon
yang dimasukkan ke dalam faraj sepert yang diamalkan oleh
gadis-gadis barat, kerana ia mungkin boleh merosakkan selaput
daranya.
Ada kes yang dilaporkan di mana wanita
yang menggunakan tampon didalam faraj mengalami penyakit yang
digelar “tampon
shock” akibat dari jangkitan kuman kerana lupa untuk
mengeluarkan dan menggantikan tampon pada waktu tertentu dan ini
boleh mengancam nyawa wanita berkenaan.
Ada
juga wanita yang membasuh saluran faraj dengan menggunakan
antiseptic yang dicairkan sejurus selepas haid berhenti. Proses ini
digelar dengan nama “douching”. Jika
perlu melakukan douching, gunakanlah air suam panas dicampur dengan
sedikit garam atau ubat antiseptik yang sangat cair. Douching hanya
boleh dilakukan oleh wanita yang sudah kahwin sahaja, anak dara
tidak dibenarkan kerana takut ia boleh merosakkan selaput dara. ‘Douching’ juga merupakan satu kaedah
rawatan bagi penyakit jangkitan kuman dalam faraj.
Setelah
bersih dari haid setiap wanita diwajibkan mandi hadas besar untuk
membolehkan ia melakukan amal ibadat.
Apakah
yang dimaksudkan dengan taqwim haid?
Taqwim haid adalah catitan tarikh dan pusingan haid dalam
buku catitan harian atau dairi. Ini adalah satu
amalan yang baik dan banyak faedahnya dari segi penjagaan kesihatan
dan hubungan suami isteri serta menentukan waktu subur dan tarikh
bersalin jika ia hamil. Setiap wanita dalam
umur subur (15-45 tahun) perlu mencatitkan tarikh dan jumlah hari
haid mereka dalam dairi. Dari catitan ini banyak jenis
gangguan dan penyakit boleh dikesan.
Perbuatan ini mungkin dapat menyelamatkan
wanita dari penyakit seperti barah. Bagi wanita yang
hamil, catitan haid terakhir sebelum hamil adalah penting untuk
menentukan umur kandungan dan juga untuk menganggarkan tarikh
kelahiran bayi. Kebanyakan wanita masih belum sedar
betapa mustahaknya taqwim haid. Kelalaian
ini telah menimbulkan banyak kesulitan terutamanya pada kakitangan
perubatan.
Dalam pengalaman saya sebagai doktor pakar
kesihatan wanita, kerapkali saya temui, wanita yang terlupa
tarikh haid yang terakhir dan kiraan bagi umur kehamilan menjadi
kurang tepat. Juga melalui catitan taqwim haid ini
dapat ditentukan waktu subur ( antara hari ke-12 hingga hari ke-20
). Ini amat mustahak untuk merancang kehamilan dan merancang
jantina bayi. Taqwim haid juga boleh digunakan untuk menjauhkan
kehamilan ( merancang keluarga ) dengan menggunakan kaedah waktu
selamat (antara hari ke-8 hingga ke-11 dan hari ke-20 hingga ke-28
).
Bagaimana kaitan haid ini dengan waktu
subur ?
Wanita hanya keluar benih sekali dalam
sebulan, benih perempuan atau ovum dikeluarkan oleh kilang
ovari. Setiap wanita mempunyai sepasang ovari dan
dalam hayat seseorang wanita ia boleh mengeluarkan lebih
kurang 400 telur. Telur ini biasanya keluar
pada hari ke empat belas dalam pusingan haid, jika pusingan haidnya
merangkumi 28 hari.
Waktu penetasan telor ini (ovulation), dikatakan waktu subur dan
ia boleh berlaku diantara hari ke-11 hingga hari ke-20 dalam
pusingan haid.
Jika pusingan haid tidak teratur , maka
sukar untuk menentukan bila waktu subur ( telur menetas ), mungkin
juga ia tidak subur. Setiap wanita perlulah mempunyai
pusingan haid yang teratur untuk meningkat peluang untuk
hamil.
Untuk menentukan panjang atau pendeknya
pusingan ini, satu catitan taqwim adalah sangat
penting. Bagi mereka yang ingin mengelakkan
kehamilan oleh sebab-sebab kesihatan, kaedah waktu selamat boleh
digunakan sejurus selepas bersih dari haid sehingga hari ke-11 dan
jangka waktu antara hari ke-18 hingga haid yang akan datang,
dianggap selamat. Ini bermakna jika persetubuhan
dilakukan pada waktu
selamat, kehamilan tidak mungkin
berlaku. (dipetik dari laman web Dr.
Ismail Arshat)
CARA
BERJIMAK MENGIKUT ISLAM
Masa
berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna
Sabda Rasullah s.a.w.
"Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah
memeliharanya dari Jibril a.s"
1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang
berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang
sebat atau ketua yang bengis.
2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika
Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka
menumpahkan darah.
3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil
melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah
mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil
tangan.
4. Jangan
berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak
ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5. Jangan berjimak pada
akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi
seorang yang suka meminta-minta.
6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap
saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan
menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya
membuat kebinasaan kepada banyak manusia.
7. Jangan berjimak
dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti
anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
8. Jangan berjimak
dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah
mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak
haq.
9. Jangan
berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh
tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi
pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal
malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi
seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada
akhirat.
Cara
berjimak yang dituntut.
1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah
mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh
dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah
s.w.t.
2. Pada malam
selasa. Jika allah mengurniakan anak ia akan
mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan
azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin.
Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih
lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi
seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di
kalangan orang alim.
4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah
mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua
dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya
keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan
anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas
asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang
terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika
Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang
terkemuka.
8.
Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia
tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.
TEKNIK-TEKNIK PERSETUBUHAN
Teknik-terknik
persetubuhan atau senggama
Pelbagai buku ada di pasaran sama ada secara
explicit atau terselindung. Sebaik-baiknya pilihlah jimak secara
islam. Seks yang dilakukan dengan cara yang sama sahaja akan
membosankan. Oleh itu, sentiasa pelbagaikan kaedah berjimak atau
bersenggama anda. Baca artikel ini yang dijamin akan manghasilkan
aksi yang ghairah dan hebat di ranjang tidur!
Teknik Bersetubuh Barat Sebenarnya
terdapat banyak posisi persetubuhan yang diketahui di Timur mahupun
di Barat. Namun begitu, kebanyakkan dari posisi jimak adalah lebih
kurang sama, dan kebanyakan posisi jimak itu adalah merupakan posisi
sementara. Ini kerana bersetubuh dengan posisi biasa iaitu perempuan
di bawah dan suami di atas itu adalah yang paling popular dan cukup
menyenangkan.
Posisi Hubungan Seks
Ketika Hamil
Bila anda hamil ini tidak
bermakna anda sudah tidak boleh melakukan hubungan seks lagi.
Sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang
terbaik dan selesa ketika kehamilan kita semakin membesar.
Berikut adalah beberapa
posisi hubungan seks terbaik semasa hamil:
Posisi wanita di atas. Posisi
ini adalah paling selesa untuk kebanyakan ibu hamil. Ini kerana pada
kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal kedalaman penetrasi.
Posisi duduk. Posisi ini biasanya
popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan kehamilan
kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan isteri
duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila isteri
sudah semakin sarat kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah
posisi yang terbaik.
Posisi suami berada di atas
tetapi hanya berbaring separuh badan.
Posisi berlutut atau
berdiri.
Yang paling penting dari
semua posisi seks semasa hamil tersebut anda perlu pastikan agar
tidak memerikan tekanan atau beban pada perut ibu hamil.
Kita sedar bahawa hubungan
seks merupakan satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih
sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan kebersamaan dan
mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri.
Tetapi jangan pula kita
meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting dalam
keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh Kita boleh hanya
dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda
dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita
suami isteri tanpa harus melakukan hubungan seksual.Itu sebabnya
dalam semua hal kita isteri mahupun perlu saling memahami keinginan
masing-masing.
Adakah Hubungan
Seksual Semasa Hamil Merbahaya?
Ramai yang bertanya kepada
saya adakah boleh melakukan hubungan seksual semasa hamil? Tak
bahayakah?
Ya, anda boleh melakukan
hubungan seksual dengan pasangan anda semasa kehamilan biasa atau
normal.
Ada antara ibu yang risau
dan salah anggap tentang seks semasa hamil boleh menyebabkan infeksi
atau menjejaskan kandungannya semasa melakukan hubungan seks.
Hubungan seks atau orgasm
tidak membahayakan bayi di dalam kandungan anda kerana adanya lendir
dari serviks ibu(mulut rahim) yang membantu melawan terhadap kuman
atau infeksi yang akan masuk ke dalam pintu rahim dan secara
semulajadi juga Allah s.w.t telah menciptakan suatu perlindungan
kepada bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan kita berada dalam
ruang rahim dan cairan ketuban serta otot rahim dan perut yang kuat
melindungi bayi salama dalam proses kehamilan.
Namun kehamilan anda akan
termasuk dalam kehamilan dengan risiko sekiranya ada komplikasi atau
ada symptom yang tidak pernah anda rasa atau hadapi sebelum ini
seperti rasa ngilu, kontraksi atau pendarahan maka anda perlu segera
berjumpa denga doktor sebelum anda melakukan hubungan seksual lagi.
Biasanya doktor akan
menasihatkan agar anda tidak melakukan hubungan seksual pada kes-kes
kehamilan berikut:
1. Ancaman keguguran atau
pernah alami keguguran.
2. Placenta berada dibawah
(plasenta previa)
3. Riwayat kelahiran
premature (pra-matang)
4. Pendarahan vagina atau
keluar cairan yang tidak diketahui penyebabnya.
5. STD atau penyakit seksual
yang menular.
Jika anda masih ragu-ragu
untuk melakukan hubugan seks semasa kehamilan, jangan anda merasa
malu untuk membincangkannya dengan doktor anda
Dipetik dari Mengandung.com
BEBERAPA TIPS UNTUK HAMIL
1. Waktu Terbaik Untuk
Melakukan Hubungan Seksual:-
Adalah penting bagi pasangan
yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk
melakukan hubungan intim bersama pasangan iaitu pada waktu wanita
subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk
mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di
mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan
bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang
hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam
dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks
sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.
2. Kekerapan Melakukan
Hubungan Seksual:-
Ini adalah bergantung kepada
setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang
dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan
untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja
tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun
yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan
pada " waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali
pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk
mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.
3. Nikmati Proses Hubungan
Seksual Anda:-
Daripada penelitian pakar
menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme - klimaks
semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada
vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal
vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau
sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk
selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.
4. Posisi Hubungan Seksual:-
Posisi seks yang dicadangkan
berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya
kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda
hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda,
sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma
selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks
bersama sama.
Keadaan ini akan memudahkan
sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar
dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul
dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang
dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda
sia-sia saja.
Manakala posisi seksual yang
perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas,
duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma
keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke
arah sel telur. Hukum graviti.
5. Jangan Banyak Bergerak
Setelah Melakukan Hubungan Seks:-
Tidak ada bukti yang
menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan
akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma
sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi.
Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang
ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan
agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina
setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina
adalah bersifat toksic untuk sperma.
6. Buat Para Suami:-
Para suami sebaiknya
menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air
panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana
proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini
berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.
7. Relaks:-
Setiap pasangan suami isteri
perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @
tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini
mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.
8. Jaga Kesihatan Anda:-
Menjaga kesihatan adalah
asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu
diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada
yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.
Tips di atas diharapkan
dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda
perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan
telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan
manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan
betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.
Sekiranya anda telah
mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah
penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk
dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.
Jodoh, rezeki dan anak
adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus
berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding
terbaik untuk membantu anda mendapat anak.
Yang paling penting, sikap
keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir,
berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.
Rancang hubungan seksual
anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan
nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya. Beritahu kami tentang berita
gembira ini!
Dipetik dari Mengandung.com
MERANGSANG
WANITA
Cara-cara merangsang
wanita (dengan cumbuan)
Cumbu
rayu sebelum bersetubuh adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap-sedia untuk
mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat
dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu
berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan
memasukkan zakar ke dalam liang faraj (liang kemaluan).
Hendaklah ingat bahawa seksual wanita adalah
sangat dalam dan lebih luas dari lelaki. Dapat dikatakan seluruh
tubuh wanita merupakan sasaran seksual iaitu dari hujung rambut
sampai ke hujung kaki.
Jadi daerah-daerah erogen (bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan) wanita sangat luas
tersebar di seluruh tubuh, bibir, tengkuk, daun telinga, buah dada,
leher dan masih banyak lagi yang luar biasa perasanya, semua mudah
dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks, maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga
ia perlu dibangunkan lebih dahulu sebelum senggama (bersetubuh).
Berbeza dengan lelaki, maka daerah
erogennya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja. Oleh sebab
itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu
berahinya terutama melalui pandangan matanya.
Keberahiannya cepat sekali terangsang
apabila matanya melihat kecantikan bahagian-bahagian wanita yang
biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan penisnya (alat
kelamin lelaki) menjadi tegang.
Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat
seksual antara lelaki lelaki dan wanita, maka seorang suami sebelum
bersetubuh hendaklah bercumbu rayu.
Pertama lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan mesra, memuji
kecantikannya, kemulusan tubuhnya, kata-kata yang menawan hati dan
yang sebagainya. Kesemua ini bertujuan untuk mengusik rohaninya agar
ghairah untuk melakukan persetubuhan.
Setelah rohaninya tergugah kemudian
eloklah disusuli dengan usikan fizikal jasmani seperti
bercum-ciuman, beraba-rabaan terhadap bahagian-bahagian tubuhnya,
serta menggosok-gosok badannya. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan mengenai
aspek “cumbu-rayu” ini, sebagaimana
tersirat dalam sabdanya yang berikut:
“Janganlah ada di antara kalian menggauli
isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan
antara keduanya perantaraan .Dikatakan :"Apakah perantaraan
itu, wahai Rasulullah?’"Maka beliau bersabda: (iaitu) Ciuman
dan kata-kata rayuan.” (Hadis riwayat Ad
Dailami)
Lebih
tegas lagi Rasulullah s.a.w.
melarang umatnya melakukan persetubuhan tanpa didahului dengan
permainan asmara. Sebagaimana tersebut di dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah.
Erti hadisnya adalah “Rasulullah melarang
persetubuhan sebelum (dilakukan) cumbu-rayu”.
Seorang
suami haruslah mengetahui bahagian-bahagian tubuh wanita yang erogenous iaitu yang berikut:
1. Daerah kening
2. Bahagian
pelupuk mata
3.
Hidung
4. Pipi dan
sekitarnya
5. Bahagian
tengkuk
6. Bahagian
leher
7. Daun dan
belakang telinga
8. Payudara
terutamanya puting
9. Bibir
dan lidah
10. Bahagian dalam
mulut
11. Peha dan
sekitarnya
12. Ketiak
13. Bahagian perut
terutama sekitar pusat
14. Bahagian kemaluan
dan bahagian dalam faraj
15. bahagian
tumit
Bahagian-bahagian ini merupakan daerah-daerah erotis yang harus dijadikan perhatian semasa
merangsang, samaada diraba, dibelai, dicium atau digosok-gosokkan
secara lembut dan mesra. Di sinilah sangat diperlukan kepekaan
seorang suami untuk membangkitkan rasa erotis
dari isteri sehingga stimulus yang diingini.
Berbagai cara sentuhan seperti meraba-raba,
meramas dan sebagainya dengan bersilih ganti dapat membangkitkan
rasa kehangatan cinta. Ini diikiuti pula dengan cumbuan serta rayuan
yang berguna untuk membangkitkan nafsu berahi isteri. Cara-cara ini
merupakan hal biasa diamalkan di kalangan mereka yang menghargai
nilai seni dalam dunia seks. Semua ini merupakan tahap-tahap cumbu-rayu yang mempunyai daya untuk
meningkatkan tahap kenikmatan seksual kepada yang seluas-luasnya.
Mengingati betapa pentingnya merayu sebelum bersetubuh bahkan bukan
sahaja manusia begitu , binatang-binatang pun berbuat begitu.
Cubalah kita perhatikan kucing, ayam jantan atau kambing. Bagaimana
mereka melakukan pengawanan? Pastinya ia akan merayu terlebih dahulu
dengan gerakkan mengawan.
Kucing umpamanya, sebelum bersetubuh
terlebih dahulu menggosok-gosok kelamin betina agak lama dengan
disertai gigitan-gigitan pada lehernya. Ayam juga mengepak-ngepakkan
sayapnya sambil berkokok berkali-kali dan menari menajak ayam betina
sebelum mereka melakukan hubungan kelamin. Begitu juga kambing,
burung merpati, dan sebagainya. Ia adalah hasil pemerhatian
saintis-saintis kaji-laku binatang.
Jadi
sungguh jauh ketinggalan bagi seorang insan bergelar suami untuk
menyetubuhi isterinya dengan terburu-buru tanpa merayu, bahkan pula
mereka seakan-akan main terkam begitu sahaja. Suami yang bijak tidak
boleh lalai atau lupa melakukan cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Setiap isteri
dan semua wanita normal berkehendakkan kepada ini.
Benarlah kata Marie
Stopes bahawa untuk membangkitkan nafsu berahi wanita dengan
sempurna maka lelaki harus membangunkan seluruh badan dan nyawanya.
Dan ini memang penting sekali kerana membangkitkan nafsu berahi
wanita sampai ke peringkat yang tinggi sebelum disetubuhi adalah
keperluan setiap wanita. Pertama untuk menghindarkan rasa sakit,
keduanya dengan memuncaknya keberahian wanita, ia menyebabkan
kemaluannya mengembang yang disertai pengeluaran air mazi. Ini akan melembapkan liang faraj untuk memudahkan zakar masuk ke
dalamnya.
Sebaliknya kalau liang faraj kering disebabkan
ketiadaan stimulasi maka ia akan menimbulkan perasaan rasa tidak
senang lantas menimbulkan perasaan negatif di dalam minda wanita
yang ingin didampingi. Sekiranya berlarutan, ia akan menyebabkannya
merasa tidak selera dan muak setiap kali diajak bersetubuh. Akhirnya
timbullah gejala kaku dan frigid.
Begitulah pentingnya cumbuan serta rayuan setiap
kali sebelum bersetubuh. Hendaklah ingat di dalam merayu, perlu
meghindari perilaku yang berlebih-lebihan dan tidak senonoh. Di
zaman sekarang banyak berlaku cara-cara stimulasi yang melampaui
batas hasil pengaruh budaya orang barat. Ramai suami yang merangsang
isterinya dengan menjilat liang kemaluannya. Hal ini keterlaluan
kerana ia sama seperti perilaku binatang yang tak patut diikuti oleh
setiap insan yang bermoral.
Adakah kita patut meniru tabiat kambing
yang ketika sebelum bersetubuh, mencium dan menjilat kelamin kambing
betina? Sebenarnya kita tidak boleh membuat sedemikian kerana kita
sudah menempatkan sesuatu yang tidak pada tempatnya sebagaimana
pendapat mengatakan:
“ Meletakkan sesuatu yang tidak pada tempatnya
adalah perbuatan yang zalim.”
Tambahan pula menjilat alat kelamin sedang dalam
keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang
kurang sopan dan Rasulullah s.a.w. tidak
menganjurkannnya sebagaimana sabdanya:
“Apabila seseorang
menggauli isterinya maka hendaklah ia berselimut dan janganlah
ia bertelanjang sebagainya telanjangnya dua ekor
unta”.
Mengapa
Rasulullah s.a.w. menganjurkan yang
sedemikian? Oleh kerana hal sebegini merupakan hak kewajipan
suami-isteri yang telah diikat dengan tali perkahwinan. Ia bertindak
untuk membezakan di antara manusia dan binatang. Ia patut dilakukan
di tempat tertutup dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri
kita sendiri.
Hendaklah diingat bahawa setiap manusia selalu
diiringi oleh malaikat. Tidak pernah malaikat yang ditugaskan
meniringi kita berpisah sedetik pun. Maka sewaktu kita bersetubuh
dalam keadaan telanjang, tidakkah malaikat merasa malu? Kita
sepatutnya menghormati mereka juga.Oleh itu kita patut menutup badan
sewaktu berkeadaan telanjang di antara suami-isteri.
Sabda Rasulullah
s.a.w.:
“Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya
bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah
denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki
menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka
(malaikat) dan dan hormatilah mereka”. (Hadis riwayat
Tirmizi).
Betapa bagusnya andaikata si suami peri-hatin
terhadap aspek cumbu-rayu sebelum
bersetubuh. Suami-isteri akan menerima kepuasan seksual dalam
kerdhaan Allah Taála.
Suami yang bijaksana patutlah mengetahui
perubahan-perubahan nafsu berahi wanita. Dengan itu dapatlah suami
berperanan positif menikmati kepuasan seks bersama dalam kehidupan
rumahtangga. (dipetik dari laman web Dr.
Ismail Arshat)
Rahsia Seks
Lelaki
Lelaki mempunyai
rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita
tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia
tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak
bererti bahawa lelaki
itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya
terdapat 4 rahsia yang
mana lelaki keberatan
untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.
1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu
Jimak Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki
faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah
bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula
lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’
semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.
2. Cinta Kasih
Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki Berkongsi hidup dengan
isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki.
Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di
cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi
penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.
3. Lelaki Juga Perlukan
Istimta’ Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah
sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh
isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk
membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki
didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya,
isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami
mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu
perlukan istimta’ yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.
4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks
Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar
dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang.
Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan
menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki
yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini
menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya
bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita pula keberatan
memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan
suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki
yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks,
wanita juga patut sedar mengenai risiko penolakan itu, seperti mana
juga wanita, lelaki
juga mungkin menolak seks.
Rahsia Seks
Wanita
Meskipun bernafsu untuk seks
tetapi tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat tersebut.
Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka
mengharapkan suami ‘faham-faham’ sendiri kehendak ini. Namun
realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum
lelaki kadangkala
masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para
suami, jangan biarkan ini berlaku, baca artikel di bawah untuk
mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks.
BILA BERJAUHAN DENGAN
PASANGAN Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari
untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang
akan membangkitkan ghairah isteri untuk berjimak. Ketika ini isteri
mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan
suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks
membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan
melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke
ranjang.
WAKTU SUBUR Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari
ke-14 selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi,
nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa rangsangan syahwat
yang hebat sekalipun isteri akan tetap terangsang untuk seks, malah
mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah merangsang
suami untuk berasmara denganya. Pihak suami tidak perlulah hairan
dgn situasi ini atau menganggap isteri ‘buang tebiat’ kerana ini
sememangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaum wanita. Apa yang
perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu
ini.
Mencari
G-Spot
G-Spot terletak di sebelah dalam atas dalam
faraj wanita.
Foreplay
Apakah
wilayah yang penting sebagai pembangkit kehangatan sebelum menikmati
hubungan intim?
-
Dahi
- Minta teman anda menghembuskan nafas sehingga terasa
kehangatannya. Cium dengan penuh romantis
-
Leher
- Mulakan dengan mencium dagu, kemudian dengan belaian cium leher
belakangnya.
-
Telinga - Usap telinga pasangan anda dengan
lidah.
-
Bibir
- Cium perlahan-lahan dan dengan lama.
-
Mulut
- Beri ciuman french kiss yang
mengejutkan!
MASALAH
SEKSUAL
Female Sexual Dysfunction
(FSD)
Ini
berkaitan dengan masalah kelamin wanita. Jika lelaki mempunyai
masala Erection Dysfunction atau mati pucuk, wanita mempunyai Female
Sexual Dysfunction (FSD). Masalah ini boleh dibahagi kepada empat
keaadan; kurang bernafsu, kesukaran mencapai keghairahan, kesukaran
menikmati kemuncak syahwat dan kesakitan ketika bersetubuh. Jika
lelaki mempunyai Viagra, Cialis dan Levitra untuk mengatasi masalah
mereka, kini wanita juga ada zestra. Zestra adalah sejenis cecari
pencetus kemesraan untuk menambahkan keseronokkan hubungan kelamin.
Zestra dirumus daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi dan dianggap
selamat of "Federal Food and Drugs Agency (FDA)" dari Amerika
Syarikat. Untuk maklumat lanjut, sila ke layari www.zestra-asean.com.
Menghilangkan "Love
Bite"
Tentunya anda tidak mahu
“love bite” menjadi bahan gurauan teman di pejabat dengan pelbagai
gelaran, membuatkan anda seolah-olah fobia setiap kali pasangan anda
mahu mencium anda terutama di leher. Takut digigit…! Ini ada cara
dan petua untuk menghilangkan gigitan love bite.
1) Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit
air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama
10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dgn air
seperti biasa.
2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan,
sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian
tersebut. Biarkan utk seketika.
3)Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda
sehingga kesan gigitan semakin hilang.
4) Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan
bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. kemudian
gosokkan perlahan-lahan pd bahagian berkenaan sehingga pudar
kesannya.
|